Siakap Keli
kerusi khas kucing
Kredit: TikTok

Kreatif, Pasangan Kembar Cipta Kerusi Khas Untuk Kucing Dalam Kereta

Kreatif, Pasangan Kembar Cipta Kerusi Khas Untuk Kucing Dalam Kereta

Kebanyakan rakyat Malaysia suka dan memiliki rasa sayang terhadap kucing dan menjadikannya sebagai salah satu haiwan peliharaan paling popular di negara ini.

Walaupun haiwan ini kadang-kadang menjadikan kehidupan tuannya agak sedikit huru hara, kehadiran ‘majikan’ ini tidak pernah sesekali membuatkan ‘pekerjanya’ bosan.

Namun begitu, kebanyakan tuan kucing menjadi buntu apabila mereka perlu pulang ke kampung halaman. Manakan tidak, ada segelintir kucing tidak biasa menghadapi perjalanan yang agak jauh.

Justeru, salah satu cara untuk memastikan ‘kebajikan’ kucing ini terjaga adalah dengan menempatkannya di hotel kucing yang berdekatan.

Sungguhpun begitu, ada yang tidak memiliki bajet yang besar dan ada juga yang skeptikal jika kucingnya dijaga oleh orang lain.

Pengguna TikTok telah tampil menunjukkan daya kreativiti yang luar biasa bagi membawa kucing peliharaannya menempuh perjalanan yang jauh.

Terkenal dengan pelbagai barangan DIY yang dilakukan oleh mereka, Aminabid’s (@aminxabid) kali ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila menunjukkan cara bagaimana menyediakan kerusi khas untuk kucing di dalam kereta, persis seperti kerusi bayi.

Pertama sekali, kembar itu telah membuat ukuran pada pola, dengan meletakkan badan kucing di atas sebuah kadbod. Mereka telah melukis pola berdasarkan saiz dan bentuk badan kucing terbabit.

Selepas itu, pola terbabit dipotong dan setiap bahagian pola dilekatkan dengan menggunakan hot glue gun. 

Seterusnya, mereka meletakkan span pada bahagian luar dan meletakkan lapisan kulit untuk membentuk bahagian luar kerusi.

Bahagian dalaman pula diletakkan dengan kain baldu dan tambahan span yang dibalut kain baldu agar kucing selesa.

Setelah bahagian kerusi berkenaan telah siap, mereka memasangkan tali pinggang keledar pada kerusi dan ia sedia untuk digunakan.

kerusi khas kucing
Kredit: TikTok

Ketika kucing mereka diletakkan pada pada kerusi tersebut, telatahnya yang comel telah meraih perhatian warga maya.

Kredit: TikTok

Video tersebut telah meraih kira-kira 15.6k jumlah tontonan, 2521 tanda suka dan 72 komen daripada pengguna TikTok.

“Dik tolong open order,” komen pengguna @..naaaaa. 

“Allahu comel dooh,” @nwnyuha  terpukau dengan kecomelan kucing tersebut.

“Kucingnya behave je…kucing aku pegang kejap dah melompat,” pengguna @lydaorkid menceritakan pengalaman dengan kucingnya.

@aminxabid

Boleh dah bawa balik kampung🤣

♬ Dragon Ball Z – The Dragon’s Ball Band

BACA: Abu Al Sebaa, Lelaki Pemurah Tawar Makanan Percuma Kepada Jemaah Di Madinah Meninggal Dunia

Sumber: @aminxabid via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma