Siakap Keli
Gambar: BOMBA

Nahas Heli TLDM: Identiti 10 Mangsa Sedang Dikenalpasti, Semua Berumur Bawah 40 Tahun

Nahas Heli TLDM: Identiti 10 Mangsa Sedang Dikenalpasti, Semua Berumur Bawah 40 Tahun

Nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 telah meragut 10 nyawa.

BERNAMA melalui satu hantaran ringkas di platform X telah mengemaskini beberapa maklumat terkini berhubung kejadian tersebut.

Menurut BERNAMA, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin berkata satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian tersebut.

Sementara itu, identiti 10 mangsa yang terlibat dalam nahas itu masih belum diketahui setakat ini. Bagaimanapun, semua mangsa dilapor berusia dibawah 40 tahun.

Dalam laporan berbeza, TLDM melaporkan 10 mangsa yang maut terdiri daripada tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.

Menurut TLDM lagi, kesemua mangsa maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM, Lumut untuk proses pengecaman.

 

Sumber: BERNAMA, MINDEF

Athirah

When nothing goes right, go left.