Siakap Keli
Pintu Bilik 'Buat Hal'
Kredit: @ngionggggg via TikTok

Pintu Buat Hal, Wanita Terkunci Dalam Bilik Ketika Bakal Mak Mentua Nak Sarung Cincin

Pintu Buat Hal, Wanita Terkunci Dalam Bilik Ketika Bakal Mak Mentua Nak Sarung Cincin

Apabila lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin, mereka akan mula untuk merancang perkahwinan mengikut bajet yang dipersetujui.

Bagi segelintir pasangan, mereka seboleh-bolehnya mahu menghormati adat dan tradisi yang ada. Misalnya, proses perlu dimulakan dengan merisik, sebelum mengikat tali pertunangan dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

Fasa-fasa ini bolehlah dianggap sebagai medium untuk keluarga kedua-dua belah pihak saling mengenali satu sama lain, lebih-lebih semasa fasa pertunangan.

Pintu bilik terkunci ketika sesi sarung cincin di hari pertunangan

Secara umumnya, setiap pasangan yang membuat majlis pertunangan pasti mahukan segala aturan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang berlaku.

Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik satu video memaparkan insiden cemas (atau melucukan) apabila dirinya terperangkap dalam bilik gara-gara kunci tidak boleh dibuka. Lebih memeningkan, situasi berkenaan berlaku ketika di hari pertunangannya sendiri.

Menurut @ngionggggg, kejadian itu berlaku ketika bakal ibu mentuanya mahu masuk ke bilik tersebut untuk menyarunkan dia dengan cicin pertunangan.

Manakala dia pula hanya menyedari perkara tersebut selepas diberitahu oleh mereka yang berada di luar bilik. Malangnya, pintu juga tidak boleh dibuka daripada bahagian dalam.

Akibatnya, dapat dilihat beberapa orang individu bertungkus lumus cuba membuka pintu berkenaan daripada luar. Malah, kelibat seorang lelaki, iaitu abang kepada wanita berkenaan turut kelihatan disana.

Berbekalkan beberapa peralatan dan pelbagai cara yang digunakan, syukurlah pintu bilik tersebut akhirnya berjaya dibuka daripada luar.

Keadaan itu memberikan kelegaan kepada semua pihak yang ada di majlis itu, lebih-lebih lagi ketika mereka wanita berkenaan berjaya keluar daripada bilik tersebut.

Video tersebut mendapat 1.6 juta tontonan dan mencuri perhatian wargamaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh wanita tersebut.

“Dari misi meminang auto bertukar jadi misi menyelamat,” komen seorang wargamaya.

“Weh dah macam kakak saya tahun lepas bulan 12 semasa majlis pertunangan,” kata seorang lagi.

BACA: Simbah OKU Dengan Air Panas, Wanita Dipenjara 10 Tahun & Denda RM 6,000

@ngionggggg

time nak keluar sarung cincin lah pintu buat hal tak boleh bukak🤣 macam mana kita ni tak shikhakshok 😭 thankyou family& sedara mara yg byk tlg ❤️🤍#engagement

♬ Shik Shak Shok – Hassan Abu El So’oud

@ngionggggg

Replying to @nomorefatin. alhamdulillah berjaya jugak sarung cincin lepas 20 minit panik😂😭 no more shikshakshok

♬ Thank You Allah – Maher Zain

 

Sumber: @ngionggggg via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.