Siakap Keli
9 kenderaan diesel bersubsidi
Gambar: BERNAMA

9 Kenderaan Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) Ini Layak Mohon Diesel Bersubsidi & Fleet Card

9 Kenderaan Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) Ini Layak Mohon Diesel Bersubsidi & Fleet Card

Fasa I Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) yang melibatkan enam syarikat perintis dalam Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) telah berjaya dilaksanakan sejak Januari 2024.

Memetik laporan Sinar Harian, kini Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0 sedang dilaksanakan melalui kerjasama antara KPDN dengan lima syarikat minyak sebagai usaha memperluaskan lagi projek rintis tersebut.

Syarat kelayakan permohonan Diesel Bersubsidi 2.0 

Berdasarkan infografik yang dimuat naik menerusi Facebook KPDN Laman Rasmi, hanya syarikat yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja yang layak memohon SKDS 2.0.

  • Syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; atau entiti perniagaan tunggal dan perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau entiti perkongsian liabiliti terhad yang berdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
  • Kenderaan di bawah pemilikan syarikat/ perniagaan tunggal atau perkongsian.
  • Kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah.
  • Jenis kenderaan yang terdiri daripada sembilan jenis kenderaan layak yang disenaraikan.

9 kenderaan diesel bersubsidi

Menuru KDPN Laman Rasmi lagi, sembilan jenis kenderaan yang layak tersebut adalah kenderaan-kenderaan daripada sektor pengangkutan darat (barangan).

9 kenderaan pengangkutan darat (barangan) layak mohon diesel bersubsidi

Kenderaan-kenderaan tersebut adalah lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton/kotak, lori tangki, lori tangki air, van panel serta van ‘window’.

Cara permohonan diesel dan Fleet Card di bawah SKDS 2.0

Untuk memohon diesel bersubsidi, anda boleh melayari laman sesawang Sistem MySubsidi Diesel secara atas talian di pautan http://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Seterusnya, anda perlu menyediakan maklumat yang diperlukan seperti yang tertera dalam laman sesawang tersebut. Antaranya maklumat syarikat dan nombor pendaftaran kenderaan.

Selain itu, anda perlu memilih syarikat minyak (maksimum tiga jenama) antara jenama Petronas, Shell, Petron, Caltex ataupun BHP.

Permohonan Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan anda

Untuk memohon Fleet Card pula, anda perlu menyediakan dua dokumen iaitu Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dan Senarai Kenderaan yang diluluskan kepada syarikat minyak yang telah dipilih.

Sementara itu, proses permohonan Fleet Card adalah dalam tempoh dua hingga empat minggu selepas permohonan lengkap dikemukakan.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0, anda boleh merujuk kepada Pusat Panggilan MySubsidi Diesel KPDN di talian 03-8882 5917/ 6176/ 5894/ 5893.

Menurut KPDN Laman Rasmi lagi, anda boleh terus menghubungi talian mana-mana syarikat minyak sekiranya mempunyai persoalan mengenai permohonan Fleet Card. Anda juga boleh melayari laman sesawang yang telah disediakan dibawah.

BACA: Negara Berdukacita, Nahas Udara TLDM Lumut Yang Terburuk Libatkan Helikopter

Sumber: KPDN Laman Rasmi via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.