Siakap Keli

Iklan Raya RHB yang Menyentuh Hati Bergema dengan Rakyat Malaysia

Iklan Raya RHB yang Menyentuh Hati Bergema dengan Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur – Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Kumpulan Perbankan RHB (“RHB” atau “Kumpulan”) telah menyerbitkan sebuah filem pendek ala iklan perayaan yang menyentuh hati bertajuk “Lembaran Baharu”. Filem ini mengisahkan tindakan belas kasihan yang luar biasa peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar. Filem ini berjaya menawan hati rakyat Malaysia dan memperoleh lebih 10.2 juta tontonan, 151,000 suka dan 33,000 perkongsian di semua platform digital RHB.

Selaras dengan penyiaran “Lembaran Baharu”, RHB menunjukkan komitmen berterusannya terhadap kesejahteraan masyarakat. Kumpulan meraikan semangat setiakawan dengan mereka yang memerlukan, melalui inisiatif membeli-belah di sebuah pasaraya besar di Kepong, Kuala Lumpur, sebelum Hari Raya untuk 65 keluarga kurang berkemampuan di Lembah Klang dan negeri Selangor, yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah, termasuk ibu tunggal, individu yang menghidap penyakit kritikal, dan warga emas yang menghadapi cabaran kesihatan atau menjaga cucu tanpa sokongan keluarga.

iklan raya rhb

Mohd Rashid Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, menekankan pentingnya untuk berhubung dan berinteraksi secara bermakna dengan masyarakat, khususnya golongan yang kurang berkemampuan, dengan memanfaatkan media sosial untuk memudahkan penglibatan dan persefahaman yang tulen. “Dengan dunia yang semakin berpecah-belah hari ini, kami berharap dengan menampilkan kisah Datuk Zaharil, kami dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menerima kepelbagaian dan menunjukkan lebih belas kasihan serta terbuka dalam memberi peluang kepada orang lain pada permulaan baharu.”

“Melalui filem pendek ‘Lembaran Baharu’ kami, kami berhasrat untuk menggalakkan belas kasihan dan perpaduan, iaitu sentimen yang kami wujudkan lagi dengan membawa kemeriahan Hari Raya untuk 65 keluarga kurang berkemampuan di Lembah Klang baru-baru ini. Dengan setiap keluarga menerima wang tunai RM700 dan kad hadiah pasar raya bernilai RM300, matlamat kami bukan sahaja untuk meringankan beban kewangan mereka terutamanya dengan sambutan Raya yang tidak lama lagi, tetapi juga untuk memupuk rasa kebersamaan dan sokongan yang lebih mendalam pada masa yang bermakna ini,” jelas Mohd Rashid.

iklan raya rhb

Memfokuskan kepada tema perpaduan dan kemaafan, filem pendek RHB “Lembaran Baharu” mengisahkan pengalaman En. Ahmad Zaharil, yang mewakili seorang wanita yang telah mencuri bekas pensel sebagai hadiah untuk anaknya, yang telah mendapat tempat pertama dalam kelasnya pada tahun 1998. Zaharil mengambil alih kesnya secara pro bono, akhirnya membantu mengurangkan hukumannya kepada “Bon Berkelakuan Baik” dan bukannya tujuh tahun penjara. Hampir dua dekad kemudian, seorang pemuda mendekati Datuk Zaharil dan mendedahkan dirinya sebagai anak kepada tertuduh. Diilhamkan oleh belas kasihan Datuk Zaharil, pemuda itu mengikut jejaknya untuk menjadi seorang peguam.

iklan raya rhb

Berpandukan tujuannya untuk ‘Memacu Kemajuan Untuk Semua, RHB kekal teguh dalam komitmennya untuk memenuhi janji jenamanya iaitu ‘Bersama-sama Menempa Kemajuan’ dengan membantu orang ramai dan perniagaan berkembang dan berjaya. “Apabila kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerima naratif pertumbuhan mereka, kami mengukuhkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memupuk masyarakat yang berdasarkan belas kasihan dan keterangkuman,” tambah Mohd Rashid.

Klik di sini untuk menontoni video inspirasi RHB ‘Lembaran Baharu’ di YouTube. 

 

Nurul Naqiyah