Siakap Keli
Pengasas Syarikat Mustika Ratu
Kredit: Kompas.com

Pengasas Syarikat Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo Meninggal Dunia

Pengasas Syarikat Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo Meninggal Dunia

Pengasas syarikat produk penjagaan kecantikan Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo dilapor meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Menurut ANTARA News, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada Rabu, kira-kira pukul 1 pagi.

Berita pemergian Allahyarham turut dimaklumkan oleh bekas Duta Indonesia ke New Zealand, Tantowi Yahya menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya, @tantowiyahyaofficial.

Dalam hantaran berkenaan, Tantowi berkata Allahyarham akan dikenang sebagai seorang ahli perniagaan wanita berwawasan, malah rangkaian produk jamu yang dikeluarkan syarikatnya memberi manfaat kepada masyarakat.

Malah, beliau turut menganggap pencapaian Allahyarham selama ini sebagai satu kejayaan yang membanggakan Indonesia, lebih-lebih lagi di peringkat dunia.

Asaskan jenama Mustika Ratu kira-kira 50 tahun lepas

Cucu kepada Raja Kasunanan Surakarta Paku Bowono X itu memulakan perniagaan jamu pada tahun 1975 dan mengasaskan Mustika Ratu pada tahun 1978.

Selama beberapa tahun, Mustika Ratu menghasilkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang dipasarkan di Indonesia.

Selepas itu, produk-produk Mustika Ratu berjaya menembusi pasaran luar negara seperti di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Allahyarham juga merupakan pengasas kepada Yayasan Puteri Indonesia dan menjadi Presiden kepada pertandingan Ratu Cantik Puteri Indonesia yang diadakan setiap tahun sejak 1992.

BACA: MARA Buka Permohonan Taja Graduan Cemerlang Sambung Pengajian Peringkat Pasca Siswazah

Sumber: Antara News

Athirah

When nothing goes right, go left.