Siakap Keli
voyager 1 dihubungi
Kredit: NASA

Voyager 1 Kembali Hantar Data Ke Bumi Selepas 5 Bulan Tak Dapat Dihubungi

Voyager 1 Kembali Hantar Data Ke Bumi Selepas 5 Bulan Tak Dapat Dihubungi

Kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Voyager 1 akhirnya dapat dihubungi pusat kawalan di Bumi selepas beberapa bulan tidak dapat dihubungi.

Pada Sabtu lepas, Voyager 1 telah mengemaskini pusat kawalan di daratan berkenaan status kesihatannya buat kali pertama sejak lima bulan lalu.

Walaupun Voyager 1 masih lagi belum menghantar data sains yang sah ke Bumi, ia kembali memberikan maklumat yang dapat ditafsir seperti status kesihatan dan operasi pada sistem kejuruteraannya.

Voyager 1 didapati gagal berkomunikasi dengan baik pada 14 November 2023, iaitu 11 tahun selepas permulaan misinya. Ketika itu, kapal angkasa itu berada kira-kira 24 bilion kilometer daripada Bumi.

Pada Mac lepas, pasukan operasi Voyager 1 NASA telah menghantar ‘poke’ digital kepada kapal angkasa berkenaan. Pihak terbabit turut mengarahkan subsistem data penerbangan (FDS) kapal angkasa berkenaan untuk menghantar full memory readout ke bumi.

Memori ini memberikan pendedahan kepada para saintis dan jurutera bahawa kapal angkasa berkenaan mengalami ‘glitch‘. Perkara ini berlaku susulan terdapat kod yang mengalami kerosakan di dalam cip tunggal yang mewakili kira-kira tiga peratus memori FDS.

Ekoran itu, kehilangan kod ini telah menyebabkan data sains dan kejuruteraan yang diambil  Voyager 1 tidak dapat dimanfaatkan.

Pasukan NASA sudah semestinya secara fizikalnya, tidak dapat membaiki atau menggantikan cip terbabit. Akan tetapi, apa yang dapat dilakukan pihaknya adalah meletakkan kod yang terlibat di tempat lain, dalam memori FDS.

Sungguhpun tiada satu seksyen tunggal yang cukup besar untuk menampung kod ini secara keseluruhan, pasukan ini telah memecahkannya kepada beberapa seksyen dan menyimpannya dalam beberapa bahagian yang berasingan.

Untuk melakukan perkara ini, mereka perlu mengagihkan beberapa seksyen penyimpan yang relevan bagi memastikan kod yang rosak tidak akan menyebabkan kawasan-kawasan tertentu untuk berhenti beroperasi.

Pada 18 April, pasukan berkenaan telah mula menghantar kod ke lokasi terbaharu di dalam memori FDS. Ini merupakan proses yang rumit kerana isyarat radio mengambil masa kira-kira 22.5 jam untuk bergerak dari Bumi ke Voyager 1.

Pada masa yang sama, kita juga perlu menunggu dalam tempoh masa yang serupa bagi isyarat daripada kapal angkasa berkenaan untuk bergerak ke Bumi.

Usaha yang rumit ini telah membuahkan hasil pada 20 April apabila pasukan terbabit mengesahkan proses modifikasi yang dilakukan berjaya.

Dalam masa lima bulan, ini merupakan kali pertama bagi para saintis untuk berkomunikasi dengan Voyager 1 dan memeriksa status kesihatannya.

Untuk pengetahuan, 35 tahun selepas pelancarannya pada 1977, Voyager 1 telah menjadi objek ciptaan manusia pertama yang meninggalkan sistem suria.

Perkara ini diikuti dengan pelancaran Voyager 2, iaitu pada 2018 dan masih beroperasi dengan baik sehingga hari ini.

Dua kapal angkasa ini masih kekal menjadi satu-satunya objek buatan manusia yang berfungsi untuk meneroka angkasa di luar pengaruh matahari.

BACA: Nahas Helikopter TLDM: Muhammad Faisol Minta Bergambar Buat Kali Terakhir – Kakak

Sumber: Space. com

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma