Siakap Keli

Fesyen Aras Baharu: Carlo Rino Perkenal Koleksi Tetro B Mon

Fesyen Aras Baharu: Carlo Rino Perkenal Koleksi Tetro B Mon

Carlo Rino membawakan edisi terkini ke dalam koleksi ikonik Tetro B Mon, yang merupakan penghormatan kepada permainan klasik Tetris. Siri ini menggambarkan fesyen kontemporari melalui lensa nostalgia kanak-kanak, setiap cebisan memiliki rasa spontan dan kegembiraan. 

carlo rino

Diinspirasikan melalui permainan kegemaran ramai, Koleksi Tetro B Mon menghembus nafas baharu ke dalam landskap fesyen dengan rona meriah, corak berani, dan siluet muda. Setiap pakaian merakamkan keseronokan dan kreativiti, menjemput penggemar fesyen untuk merangkul keseronokan sebagai elemen utama dalam pengembaraan gaya.

carlo rino

Mulakan langkah bersemangat dengan Tetro B Mon Double Bag, gandingan bergaya antara tote dan dan beg siluet blok, sesuai untuk sebarang majlis dari pejabat ke acara santai. Diinspirasikan oleh reka bentuk ikonik Carlo Rino Tetro B Mon, ia menggabungkan cita rasa moden dengan tali rafia manik emas dan butang emas sebagai sentuhan glamor. Sesuai digayakan dalam kesibukan hari anda dengan penutupan zip dan tali boleh laras, duo serba boleh ini melengkapkan mana-mana gaya dengan mudah. 

carlo rino

Serlahkan penampilan harian anda bersama Tetro B Mon Mini Crossbody, yang direka dari kaitan rafia. Didatangi dalam rona menyerlah dan siluet blok Tetris menjadikan beg itu mampu menyinar dalam pelbagai acara. Bayangkan dibawa dengan penuh keyakinan menerusi pemegang atasnya yang bergaya, atau menyarung santai di bahu melewati hari-hari si pemakai. Tetro B Mon Mini Crossbody tidak terikat dengan peraturan atau kekangan—teman penuh gaya sebagai tambahan dalam fesyen harian anda, memberi setiap saat sebagai peluang untuk menyerlahkan gaya dan personaliti anda.

carlo rino

Tambahkan kod retro kool dengan Tetro B Mon Bucket Hat. Disulam dengan corak geometri terkenal himpunan, topi bertepi lebar itu menawarkan perlindungan matahari dan gaya. Padankan dengan gaun musim panas ringan untuk penampilan sedia bergaya di pantai, atau padankan bersama seluar pendek denim dan tee grafik untuk melengkapi penampilan anda. Tersedia dalam pelbagai rona terang, ia merupakan sentuhan penamat yang sempurna untuk fesyen musim panas anda, memastikan pemakai lebih menyerlah tidak kira ke mana sahaja destinasi.

Merupakan cebisan sedia untuk dipakai paling menyerlah oleh Carlo Rino, Tetro B Mon T-Shirt dihasilkan dari kapas eksklusif, menjanjikan keselesaan dan gaya. Menampilkan logo rona meriah himpunan di atas baju hitam, ia menambah keserasian untuk tiap mood dan gaya pakaian. Sama ada anda ingin bersiar-siar di ibu kota atau meluangkan masa bersama rakan, t-shirt ini dengan mudah menggabungkan keselesaan bersama keunikan urban, memastikan si pemakai sentiasa terlihat terbaik dan berasa yakin.

Serlahkan gaya anda dengan Tetro B Mon Socks, menampilkan corak geometrik berani hasil inspirasi blok Tetris. Tersedia dalam rona yang pelbagai, stokin paras buku lali ini dengan mudah memberikan daya tarikan serta pesona individu dalam setiap langkah. Sama ada rehat di hujung minggu atau bersiar-siar di tengah bandar, stokin ini direka untuk menyerlah di samping memaparkan gaya unik si pemakai.

Memperkenalkan Carlo GEO Tetro B Mon Backpack, direka buat individu yang suka menonjolkan diri. Ikon Tetro B Mon berfungsi sebagai titik fokus rekaan melalui cetakan tebal pada monogram. Sama ada anda keluar untuk satu hari pengembaraan atau sekadar menjalankan tugas, beg galas monogram dicetak dengan rumit ini menambah sentuhan peribadi pada gaya. Luas dan mempunyai tali yang selesa, ia adalah teman sempurna untuk sebarang perjalanan, membolehkan si pemakai membawa barang keperluan dengan bergaya sambil mempamerkan keunikan peribadi masing-masing.

Carlo GEO B Mon Tote menampilkan aksesori klasik dan moden, sedia untuk dibawa ketika keluar makan tengahari bersama rakan atau sekadar menikmati hari dengan cetakan monogram ditampilkan bersama beg. Cetakan Tetro B Mon itu ditambah sempurna sebagai sentuhan tersendiri, menjadikan rekaan itu milik anda. Dengan ruang utama yang luas dan poket tambahan, beg tote ini terbukti serba boleh dan sesuai digayakan di mana-mana acara.

Bagi mereka yang sentiasa sibut, Carlo GEO Tetro B Mon Bumbag menggabungkan stail dan praktikal dengan mudah. Ikon Tetro B Mon yang bertenaga menarik perhatian serta-merta dengan rekaannya. Bumbag yang direka dengan teliti ini mempunyai petak berzip untuk penyusunan lancar barang keperluan si pemakai, manakala tali boleh laras memastikan keselesaan dan disesuaikan untuk dipakai sepanjang hari.

Simpan barang berharga anda dalam Carlo GEO Tetro B Mon Folded Wallet dan Carlo GEO B Mon Short Wallet. Menawarkan organisasi yang tersusun disertai bilangan petak dan slot kad. Reka bentuknya yang kompak sesuai dimasukkan dengan mudah ke dalam poket atau beg anda, menambahkan sentuhan pesona dengan ikon Tetro B Mon yang ikonik. 

Alami lonjakan keseronokan dalam ekspresi diri dengan himpunan Tetro B Mon Collection. Tonjolkan keunikan gaya dan keriangan dalam setiap pakaian. Biarkan rekaan dan corak meriah koleksi menyerlahkan almari pakaian dan menggembirakan hari anda, sama ada bersiar-siar atau untuk acara istimewa.

HARGA 

  • TETRO B MON DOUBLE BAG: RM639 
  • TETRO B MON MINI CROSSBODY: RM439 
  • TETRO B MON BUCKET HAT: RM99 
  • TETRO B MON T-SHIRT: RM109 
  • TETRO B MON SOCKS: RM49 
  • CARLO GEO TETRO B MON BACKPACK: RM639 
  • CARLO GEO TETRO B MON TOTE: RM639 
  • CARLO GEO TETRO B MON BUMBAG: RM579
  • CARLO GEO TETRO B MON FOLDED WALLET: RM339
  • CARLO GEO TETRO B MON SHORT WALLET: RM359

 

Nurul Naqiyah