Siakap Keli
Jimat Duit, Ini Cara Servis Aircond Sendiri Di Rumah
Sumber: Khairul Azwan Abd Aziz via Facebook

Jimat Duit, Ini Cara Servis Aircond Sendiri Di Rumah

Jimat Duit, Ini Cara Servis Aircond Sendiri Di Rumah

Zaman sekarang, kebanyakan rumah mesti ada aircond. Benda ni seolah-olah “wajib” ada, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia yang bahangnya terasa, walaupun kita bukannya di bawah terik matahari.

Dengan keadaan cuaca sekarang, tiba-tiba aircond rumah pula tak sejuk walaupun dah set suhu paling minima. Memang rasa nak marah bila jadi macam ni, sampai rasa kena tukar aircond baru.

Tapi, buat apa nak tukar baru kalau sebenarnya kita boleh buat aircond kita macam “baru” semula? Sebenarnya, kebanyakan orang lupa kalau aircond sepatutnya dibersihkan atau diservis secara berkala.

Tak perlu pening kepala dah nak cari orang untuk servis aircond kita, kita sendiri boleh bersihkan aircond di rumah.

Justeru itu, SK hari ini ingin berkongsi cara servis aircond sendiri di rumah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook melalui laman Facebooknya (@Khairul Azwan Abd Aziz).

Cara servis aircond sendiri di rumah

Langkah 1

Mula-mula, pastikan suis aircond telah ditutup. Selepas itu, buka filter, cover filter dan cooling coil di kiri dan kanan. Tarik ke atas secara perlahan-lahan.

Seterusnya, buka skru yang ada di kiri dan kanan casing aircond, dan kemudian buka casing aircond dengan menariknya dari sebelah atas casing. Tolak casing aircond ke atas, dan kemudian tarik ke arah anda.

Langkah 2

Selepas itu, buka flap angin (swing) di bahagian tengah terlebih dahulu dengan tolak kaki flap ke belakang, keluar daripada holder. Kemudian, tarik keluar kaki flap sebelah kiri secara perlahan-lahan sebelum mengeluarkan flap dari motor flap sebelah kanan.

Langkah 3

Setelah selesai, periksa cooling coil. Sekiranya terdapat litar penderia suhu bilik (room temperature sensor circuit), cabutkan dari cooling coil dulu supaya senang nak cuci cooling coil.

Langkah 4

Kemudian, buka flap angin yang boleh adjust kiri dan kanan. Cara buka flap angin ni berbeza mengikut jenama aircond. Kalau jenama Sharp, boleh buka dengan tolak setiap klip ke atas.

Sekiranya aircond anda jenama lain, boleh Google dulu sebelum buat. Benda tu mudah patah, jadi perlu berhati-hati.

Langkah 5

Waktu ini, anda akan melihat betapa kotornya aircond anda. Habuk yang semakin menebal itulah punca aircond semakin perlahan. Apa yang anda perlu buat ialah mencuci blower aircond sehingga bersih.

Sekiranya kotoran terlalu teruk, anda perlu menggunakan aircond cleaner. Paling penting, jangan sampai tertekan fin cooling coil semasa bersihkan blower.

Cuci blower aircond ni pun mesti berhati-hati. Sekiranya guna berus, pastikan gosok berus ke atas dan ke bawah mengikut alur fin. Sekiranya guna air conditioner cleaner, sembur dan biarkan ia mengeluarkan semua kotoran-kotoran degil sebelum anda menyembur blower menggunakan air yang deras.

Setelah blower aircond bersih dicuci, anda boleh on suis untuk menguji kekuatan angin. Sekiranya angin masih sepoi-sepoi bahasa, bolehlah sambung cuci blower aircond sehingga bersih. Kalau blower aircond dah bersih, angin akan kuat semula seperti “aircond baru”.

Langkah 6

Akhir sekali, pastikan anda pasang kembali aircond mengikut turutan semasa membukanya tadi. Pasang flap kiri dan kanan dulu sebelum pasang flap swing atas dan bawah, serta seterusnya pasang casing aircond.

Pastikan casing masuk rapat sebelum skru. Kemudian, pasang balik cover filter dengan hanya menekannya masuk.

Itulah cara mudah untuk kita servis aircond sendiri di rumah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

BACA: Jangan Buang Baju Lama Anak, Boleh Ubah Jadikan Sebagai Selimut

Sumber: Khairul Azwan Abd Aziz via Facebook

Sharifah Hannah Adibah