Siakap Keli
lori tanah terbalik
Kredit: Sinar Harian

Lori Tanah Terbalik Dalam Nahas Lima Kenderaan, Pemandu Tersepit

Lori Tanah Terbalik Dalam Nahas Lima Kenderaan, Pemandu Tersepit

Pemandu sebuah lori tanah tersepit dalam satu kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Salak Tinggi menghala Sepang, hari ini.

Dalam kejadian yang sama, seorang lagi individu dilaporkan mengalami kecederaan ringan, lapor Sinar Harian.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terebut pada jam 10.29 pagi.

Sehubungan itu, sepasukan anggota dan beberapa aset milik JBPM telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Seramai 13 anggota bersama dua buah jentera dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat.

“Antara kenderaan terlibat termasuk sebuah lori membawa muatan tanah terbabas ke bawah jejambat serta terbalik, terdapat seorang lelaki berumur 50an yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” jelasnya.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki itu berjaya dikeluarkan pada jam 11.28 pagi.

“Selain itu, kemalangan turut melibatkan sebuah treler membawa muatan tanah serta tiga kereta.

“Seorang lagi mangsa berumur lingkungan 40an yang mengalami cedera ringan kemudiannya dibawa Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Mengulas lanjut,  selain operasi menyelamat, anggota bomba turut menjalankan pemeriksaan pada lori tanah yang terbalik.

Hal ini bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan terperangkap di sebalik lori terbabit.

BACA JUGA: Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Lori bawa muatan tangki tersangkut, cetus kesesakan lalu lintas

Dalam kejadian yang berasingan, sebuah lori membawa muatan tangki dilaporkan tersangkut di bawah jambatan persimpangan Senawang menuju tol Senawang di Jalan Seremban -Tampin.

Menurut laporan Bernama di laman X, lori membawa sebuah tangki besar itu dipercayai gagal melepasi ketinggian jejantas tersebut.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.00 petang hari ini dan menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan terbabit.

BACA: Tak Lepas Tol Kerana Baki Kad TnG Tak Cukup Punca Jurutol Dimarah

Sumber: Sinar Harian & Bernama via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma