Siakap Keli
wanita maut gunung berapi
Gambar: Hongxing News

Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi Indonesia

Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi Indonesia

JAKARTA  — Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan maut selepas terjatuh ke dalam jurang berkedalaman 100 meter.

Lapor Jatim iNews, kejadian tragis itu terjadi ketika mangsa yang berusia 31 tahun bersama suaminya, 32, mendaki Gunung Berapi Ijen yang terletak di Banyuwangi pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Licin, AKP Djunaedi berkata operasi menyelamat mangsa berdepan kesukaran berikutan bentuk muka bumi gunung itu yang curam.

“Mangsa berjaya diselamatkan selepas dua jam operasi menyelamat dilakukan.

“Kawasan itu sememangnya curam dengan kecerunan sekitar 90 darjah,” katanya.

Difahamkan, pasangan tersebut ditemani pemandu pelancong tempatan bagi menyaksikan matahari terbit dari pinggiran gunung berapi selepas melihat fenomena api biru di bibir kawah berkenaan.

Sewaktu tiba di puncak berkenaan, mangsa sempat berswafoto di bahagian akar pokok berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbit.

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila dia dipercayai tergelincir ketika bergerak ke belakang lalu jatuh ke jurang gunung itu.

Susulan itu, suami mangsa dan pemandu pelancong segera meminta pertolongan pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mangsa.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Blambangan untuk proses bedah siasat.

“Selepas proses bedah siasat selesai, mayat mangsa dibawa ke RSUD Sanglah, Denpasar Bali untuk dibawa pulang ke negaranya,” kata Djunaedi.

BACA: Polis Sahkan Terima Laporan Video Tular Kekecohan Di Masjid Jamek Sungai Nibong

Wanita mati lemas ketika ‘selfie’ atas batu

Pada 2021, seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai di timur India ketika sedang mengambil gambar selfie di atas batu, lapor Daily Mail.

Dia dipercayai hilang keseimbangan ketika berdiri di atas batu itu dan terus terjatuh ke dalam arus sungai yang deras.

Ia dapat dilihat menerusi satu video yang sempat dirakam sebelum kejadian itu berlaku.

Melalui video itu, mangsa mungkin hilang keseimbangan semasa mengalihkan perhatiannya kepada seorang lelaki yang tersadung di belakangnya.

Kejadian tragis itu berlaku di Kanakund iaitu tempat berkelah di daerah Sundargarh, Odisha.

Sumber: Jatim iNews

BACA JUGA: Universiti Malaya Mohon Maaf, Kesal Dengan Kenyataan Kontroversi Penceramah Asing

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?