Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Pelajar PHD USIM
Kredit: Bernama

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Athirah

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

SEREMBAN, 27 April (Bernama) — Berdepan kesukaran termasuk kampung halaman musnah angkara kekejaman Israel, tidak mematahkan semangat mahasiswa Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Abdallah Abuajwa, 40, untuk menduduki ujian kelayakan secara dalam talian dari Utara Gaza, Palestin sehingga berjaya lulus, semalam.

Menerusi rakaman video dikongsikan USIM, Abdallah dilihat berpakaian kemas dan berada di bawah sebuah khemah dalam kawasan terbuka, dikelilingi runtuhan bangunan bagi menduduki ujian tersebut.

Warga Palestin yang merupakan pelajar program Ijazah Kedoktoran Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan itu nekad menjalani ujian berkenaan meskipun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.

Pada akhir sesi ujian itu, Abdallah melahirkan rasa terima kasih kepada warga fakulti khususnya jawatankuasa penyeliaan diketuai Dr Ali Nasser Ali Al-Tahitah yang tidak putus asa memberikan sokongan moral dan tunjuk ajar dalam pengajiannya.

“Saya akan meneruskan pengajian sehingga selesai walau seteruk mana pun keadaannya. Keadaan yang amat sukar ini menjadikan saya seorang yang lebih kuat dan saya akan terus berdoa supaya Allah SWT memberikan saya ilmu bermanfaat untuk agama dan Palestin,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan USIM di sini hari ini.

Menurut Abdallah, walaupun infrastuktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Gaza musnah, beliau berjaya mendapatkan isyarat Internet, selain menggunakan sel solar bagi sumber elektrik untuk memastikan komputer riba dan telefon bimbitnya terus berfungsi.

Abdallah menjalankan kajian berkaitan impak kepimpinan digital terhadap pengurusan perubahan di institusi pengajian tinggi di Palestin.

Sementara itu, penyelia utamanya Ali Nasser melahirkan kekaguman dengan kecekalan Abdallah yang lulus ujian kelayakan tersebut dengan pembetulan, sekali gus membolehkan beliau yang kini berada di semester tujuh meneruskan pengajian dan menamatkan PhD.

“Abdallah menghadapi pelbagai dugaan seperti masalah kewangan selain masalah kesihatan anaknya yang menghidapi penyakit kronik iaitu Cerebral Atrophy dan keadaan menjadi lebih buruk dengan perang di Gaza.

“Walaupun ia mengganggu dan melambatkan pengajian PhD beliau, Abdallah tetap ingin meneruskan pembelajarannya,” katanya.

Menurut USIM, isteri Abdallah dan tiga anaknya kini berada di Selatan Gaza manakala Abdallah bersama seorang anaknya berada di Utara Gaza.

Kediaman dan kenderaan beliau di Utara Gaza musnah dan ramai saudara-maranya terkorban dalam serangan rejim Israel sejak Oktober tahun lepas.

BACA: Berada Di Kedudukan Ke-14, “Ipoh White Coffee” Disenarai Antara Kopi Terbaik Dunia

Sumber: Bernama