Siakap Keli
gandar chery auto malaysia
Kredit: Facebook/Stephanie

Isu Gandar: Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan & Penyiasatan – Chery Auto Malaysia

Isu Gandar: Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan & Penyiasatan – Chery Auto Malaysia

Pengeluar kereta, Chery Auto Malaysia tampil membuat kenyataan rasmi susulan isu gandar pada kereta keluarannya yang dialami pengguna baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, pihaknya berkata kenderaan model OMODA 5 itu sudah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh.

“Chery Auto Malaysia komited dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai.

“Justeru, kami berdedikasi untuk memastikan semua kenderaan kami memenuhi piawaian keselamatan yang tertinggi,” jelasnya dalam satu kenyataan.

“Kami ingin memberikan maklumat terkini mengenai hal gandar (axle) kenderaan model OMODA 5 baru-baru ini. Chery Auto Malaysia sudah menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan tersebut.

“Kenderaannya sudahpun dibawa ke pusat servis kami untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh.” ujarnya.

Selain itu, pengeluar kereta elektrik itu menjelaskan bahawa tindakan yang diambil selaras dengan protokol keselamatan di syarikat tersebut.

Pihaknya turut menghubungi beberapa pelanggan lain yang turut mengalami masalah serupa pada kenderaan keluarannya.

“Sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan kami, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit.

“Bagi memberi ketenangan minda, para pelanggan yang khuatir boleh menempah temu janji di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi. Pelanggan bagi semua kenderaan yang diperiksa akan menerima laporan penuh.” kata Chery Auto Malaysia.

Pada akhir kenyataan, pihaknya telah mengucapkan terima kasih terhadap pelanggan dan pengikut yang menyokong jenama tersebut.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih, khasnya buat pelanggan dan para pengikut kami atas kesabaran anda.

“Kami komited terhadap ketelusan dan menjamin dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kepuasan,” tambahnya lagi.

Sebarang persoalan boleh diutarakan kepada pihak Chery Auto Malaysia menerusi talian khidmat Pelanggan Chery Malaysia di +603- 2771 7070.

Jelas kenyataan itu lagi, Chery Auto Malaysia sedia menerima sebarang pertanyaan bagi menjamin keyakinan para pelanggan Chery dan OMODA.

BACA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Sumber: Chery Auto Malaysia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma