Siakap Keli
myanmar suhu terpanas april
Gambar: Sai Aung Main / AFP

Myanmar Rekod Suhu Terpanas 48.2 Darjah Celsius Pada April

Myanmar Rekod Suhu Terpanas 48.2 Darjah Celsius Pada April

NAYPYIDAW — Myanmar merekodkan suhu paling panas pada April iaitu 48.2 darjah Celsius (118.76 Fahrenheit), lapor AFP.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan pada Isnin, ketika negara Asia Tenggara itu dilanda gelombang panas.

Menurut kenyataan pejabat cuaca negara itu, suhu tertinggi itu direkodkan di bandar Chauk di wilayah Magway tengah Myanmar semalam.

Ia sekaligus merekodkan suhu tertinggi yang pernah dialami oleh negara itu sejak 56 tahun lalu.

Sementara itu, bandar Yangon pula mencatatkan suhu mencecah 40 darjah Celsius, manakala bandar kedua Mandalay pula 44 darjah Celsius, lapor pejabat cuaca itu.

Dalam pada itu seorang penduduk Chauk, yang terletak di dataran tengah Myanmar juga meluahkan perasaan berhubung gelombang haba yang melanda kawasan berkenaan.

“Ia terlalu panas di sini, dan kami semua hanya tinggal di rumah,

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa apabila keadaan seperti ini,” katanya kepada AFP yang tidak mahu diidedahkan identiti.

Pemantau cuaca negara turut memaklumkan suhu pada waktu siang pada khamis lalu adalah 3 hingga 4 darjah Celsius lebih tinggi  berbanding purata suhu April.

BACA: Puji Padang Cantik, Legenda EPL Teruja Main Di SNBJ

Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB berkata, rantau Asia kini sedang dilanda gelombang haba dan ia dijangka lebih teruk, dengan suhu global mencecah paras tertinggi tahun lepas.

Tambahan lagi, kajian mendedahkan berlaku perubahan iklim yang mengakibatkan gelombang haba menjadi lebih lama, lebih kerap dan lebih panas.

Sumber: AFP Via Barrons

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?