Siakap Keli
punca aircond kereta cepat rosak
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Empat Tabiat Punca “Aircond” Kereta Cepat Rosak, No 2 Paling Ramai Buat

EmpatTabiat Punca Aircond Kereta Cepat Rosak, No 2 Paling Ramai Buat

Penghawa dingin kereta atau aircond sememangnya menjadi keperluan untuk pengguna di jalan raya kekal selesa. Ini kerana cuaca di Malaysia kebiasaannya panas terik.

Ketiadaan aircond atau rosak secara tidak langsung membuatkan anda hilang mood malah bermandi peluh di dalam kereta, lebih-lebih lagi kereta diletakkan di kawasan yang tidak berbumbung dan terkena cahaya matahari secara langsung.

Sekiranya aircond kereta tidak sejuk atau rosak, berkemungkinan ia datang daripada tabiat anda sendiri secara tidak sedar.

Mari kita ketahui punca aircond kereta cepat rosak menerusi perkongsian pemilik akaun TikTok @altimatsaujana di bawah.

Punca aircond cepat rosak

Menurut lelaki di dalam video, terdapat empat punca aircond kereta cepat mengalami kerosakan.

Aircond buka, tapi tingkap buka

Salah satu punca aircond kereta cepat rosak adalah tabiat membuka tingkap sewaktu penghawa dingin dibuka.

Perkara ini boleh merosakkan aircond kerana compressor akan bekerja lebih daripada kadar yang sesuai bagi menyejukkan ruang dalam kereta.

punca aircond cepat rosak
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Merokok atau vape

Tahukah anda, sewaktu merokok atau vape ia akan mengeluarkan habuk yang terhasil daripada asap.

Kemudian, habuk ini berpotensi membuatkan penapis penghawa dingin atau (aircond filter) tersumbat.

Lama kelamaan, ia boleh membuatkan angin yang dikeluarkan oleh aircond tidak lagi sejuk seperti biasa.

BACA: Selalu “Park” Kereta Bawah Cahaya Matahari? Ni Cara Sejukkan Kereta Dengan Cepat

Enjin Mati, Tapi Suis Aircond Tak Tutup

Seterusnya, sewaktu mematikan enjin kereta, ramai yang terlupa untuk menutup suis aircond.

Tabiat ini juga boleh menyebabkan sistem aircond rosak.

Gambar: TikTok @altimatsaujana

Pewangi

Mungkin ramai yang akan terkejut, sebenarnya penggunaan pewangi kereta yang tidak sesuai boleh menyebabkan aircond kereta semakin cepat rosak.

Tidak kisah sama ada ia diletakkan di bahagian atas dashboard, arm rest, tepi tingkap atau mana-mana bahagian kereta.

Katanya, gas pewangi yang dihasilkan boleh masuk ke dalam cooling coil dan menyebabkan ia reput.

punca aircond cepat rosak
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Semoga bermanfaat.

@altimatsaujana

Antara punca-punca aircond kereta cepat rosak! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifmobil

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

Sumber: TikTok @altimatsaujana

BACA JUGA: Jarang Kalah Dalam Pertandingan, Lelaki Kongsi 10 Tip Masuk Peraduan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?