Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian Laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara.
Perkara utama yang disentuh dalam laporan tersebut seperti kualiti dan akses pendidikan prasekolah, kecekapan murid serta pembangunan profesionalisme guru sememangnya berada dalam perhatian KPM.
KPM kini dalam usaha menjalankan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara termasuk pengstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.
KPM memastikan isi keciciran murid ni ditangani dengan memperluas kelas prasekolah di seluruh institusi pendidikan KPM.
Tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru. Pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan yang mana terkini, KPM memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru.
KPM komited memastikan hasrat untuk mereformasikan pendidikan negara berjaya. Ia adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak.