Siakap Keli
mayat pesara tentera semak
Gambar: Bernama

Mayat Pesara Tentera Ditemukan Dalam Semak

Mayat Pesara Tentera Ditemukan Dalam Semak

GUA MUSANG, 30 April (Bernama) — Mayat pesara tentera ditemukan di dalam semak di Kampung Lembaga, Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa, 48, dipercayai maut selepas basikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam semak itu.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan pada 2.30 petang dalam keadaan terbaring berhampiran basikalnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar beriadah dengan mengayuh basikal seorang diri pada kira-kira 8 pagi.

“Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah pada waktu kebiasaan malah isterinya gagal menghubungi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Rangka Manusia Dijumpai Di Gemas

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung (Coronary Artery Disease) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?