Siakap Keli
Reunion Unik
Kredit: @_r_vind_via TikTok

Siap Jemput Cikgu-cikgu, Meriah Bekas Pelajar Buat Reunion Di Sekolah & Kelas Lama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siap Jemput Cikgu-cikgu, Meriah Bekas Pelajar Buat Reunion Di Sekolah & Kelas Lama

Majlis reunion atau pertemuan semula bersama-sama kenalan lama, seperti rakan sekolah sudah menjadi satu trend dalam masyarakat kita.

Malah, bagi sesetengah sekolah atau institusi pengajian, acara melibatkan alumni ini sudah menjadi tradisi wajib yang akan dilaksanakan dalam tempoh-tempoh tertentu.

Sekurang-kurangnya, hubungan persahabatan yang terputus seketika dapat disatukan semula. Pada masa yang sama, acara ini juga dapat mengimbau kembali pelbagai kenangan dan memori manis di ketika menuntut ilmu bersama rakan-rakan.

Dalam pada itu, majlis pertemuan ini biasanya akan diadakan di dewan makan atau restoran bergantung kepada jumlah peserta. Apatah lagi jika alumni semua sudah bekerjaya, pasti lokasi pertemuan yang dipilih akan bertambah gah.

Lain dari yang lain… majlis reunion lelaki ini membuat wargamaya terhibur

Namun begitu, berbeza dengan dengan majlis reunion yang dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama @_r_vind_ ini.

Lokasi pertemuan yang dipilih memang lain daripada yang lain. Bekas pelajar SJKT Saraswathy, Sungai Buloh itu dan rakan-rakan sekelasnya suatu ketika dahulu bertindak menjadikan sekolah dan kelas lama mereka sebagai venue majlis itu diadakan.

Malah, guru-guru yang pernah mengajar mereka turut dijemput bagi menjadikan pertemuan berkenaan lebih bermakna.

Apa yang lebih menarik lagi, pelbagai aktiviti yang sinonim dengan zaman persekolahan seperti permainan cop tiang turut diadakan bersama-sama.

Pembaris kuning kayu ‘legend’ masih digunakan oleh para guru

Menerusi video yang sama juga, dapat dilihat mereka berkumpul dalam kelas dan cuba mencipta semula memori yang mereka pernah lalui suatu ketika dahulu.

Misalnya, ada guru yang dijemput turut bergurau dan bertindak seolah-olah mahu melakukan pemeriksaan rambut terhadap pelajar-pelajar lelaki.

Malah, guru berkenaan turut membawa sebatang pembaris panjang berwarna kuning ketika melakukan pemeriksaan tersebut dan bersiap sedia untuk menghukum pelajar yang melakukan kesalahan.

“Semua ganas-ganas… sekali jumpa cikgu auto tunduk”

Sementara itu di TikTok, wargamaya memuji kesungguhan lelaki itu dan rakannya untuk berkumpul serta tidak melupakan guru-guru yang banyak berjasa dalam mendidik mereka semua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki tersebut.

“Ini baru betul reunion, geng aku punya rancak ajak reunion lepas sekolah sehingga sampai kesudah tak ada,” komen seorang wargamaya.

“Dah besar pun cikgu marah hahaha. Kesian abang tu,” komen lagi seorang wargamaya.

Apa pun, memang seronok sangat kan bila dapat bertemu dengan kawan-kawan satu sekolah. Semoga semua berkesempatan nak buat reunion di masa akan datang, okay.

BACA: Gunung Ruang Meletus: AirAsia Jadual Semula Penerbangan Antara KL-Tawau, KK-Tawau

@_r_vind_

Back to school 2000-2005 Batch #sjkt Saraswathy Sungai Buloh #reunion#backtoschool#1993#tamilschool#gathering#alumini#fyp#fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – JD – JD

@_r_vind_

Back to school 2000-2005 Batch #sjkt Saraswathy Sungai Buloh #reunion#backtoschool#1993#tamilschool#gathering#alumini#fyp#fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – JD – JD

@_r_vind_

Back to school 2000-2005 Batch #sjkt Saraswathy Sungai Buloh #reunion#backtoschool#1993#tamilschool#gathering#alumini#fyp#fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – JD – JD

 

Athirah

When nothing goes right, go left.