Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kesan sampingan vaksin astrazeneca
Gambar: Bernama

Kesan Sampingan Vaksin: KKM Akan Dapatkan Penjelasan AstraZeneca

Sofea

Kesan Sampingan Vaksin: KKM Akan Dapatkan Penjelasan AstraZeneca

HULU SELANGOR, 2 Mei (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata syarikat itu harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia bagi mengelak berlakunya kebimbangan awam.

“Kita minta wakil AstraZeneca membuat penjelasan yang lebih teliti dan saya mahu telus kepada rakyat dan media. Mereka mesti bertanggungjawab, tiada apa yang hendak kita sembunyikan, begitu juga mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada program saringan kesihatan di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan AstraZeneca mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Gergasi farmaseutikal itu dilapor menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

Dzulkefly berkata KKM akan terus memantau perkara tersebut selain mempunyai garis panduan klinikal untuk merawat individu yang menerima kesan vaksin.

Sementara itu, beliau berkata seorang pakar perubatan kecemasan akan ditempatkan di Hospital Kuala Kubu Baharu (KKB) pada bulan ini sebagai tambahan kepada seorang pakar perubatan dalaman yang telah ditempatkan secara kekal sejak Januari lalu.

Beliau berkata menerusi langkah itu, penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu berulang alik lebih 45 kilometer ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

“Saya akan terus membuat penambahbaikan pada hospital KKB ini dan saya mahu fahamkan ini bukan dilakukan sebab pilihan raya (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu) tetapi ia sudah dirancang,” katanya.

Sumber: BERNAMA