Siakap Keli
Pihak Polis Sahkan Kes
Kredit: Bernama

Pekerja Pusat Servis Maut, Tayar Jentolak Sedang Diisi Angin Meletup

Pekerja Pusat Servis Maut, Tayar Jentolak Sedang Diisi Angin Meletup

Seorang pekerja pusat servis dilapor maut, manakala rakannya cedera parah selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin meletup.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, kira-kira 12.40 tengah hari, pada Selasa.

Siasatan polis mendapati, kejadian berkenaan berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.

“Bagaimanapun, tayar berkenaan tiba-tiba meletup sehingga terkena kedua-dua mangsa mengakibatkan salah seorang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

 

Sementara itu, satu kertas siasatan ‘Sudden Death Report’ (SDR) telah dibuka berkait kejadian tersebut.

“Orang awam dinasihatkan tidak menyebarkan atau membuat apa-apa spekulasi tentang kejadian ini,” katanya lagi.

BACA: Ada Yang Raih Hingga RM15k Sebulan, Ini Cara Mohon Berniaga Mesin Layan Diri Bawah IPR

Kredit: Balai Polis Sungai Buloh

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.