Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hukum suntikan "vampire"
Image by Freepik

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Suntikan “Vampire” Untuk Tujuan Kecantikan

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Suntikan “Vampire” Untuk Tujuan Kecantikan

Dalam konteks perubatan moden, platlet rich plasma (PRP) selalu digunakan untuk menyokong proses pemulihan luka dan kecederaan pada sendi.

Dengan erti kata lain, rawatan jenis ini biasa dikenakan terhadap pesakit yang terlibat dengan kemalangan sehingga memberi kesan pada anggota badan masing-masing.

Ada juga yang menggunakan PRP untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut dan beberapa prosedur kosmetik yang lain. Salah satunya prosedur kosmetik yang menggunakan suntikan PRP dikenali sebagai suntikan vampire.

Rawatan ini biasanya akan memberikan kesan anti penuaan kepada kulit pada bahagian wajah dan menyebabkan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar anda, bersesuaian dengan nama rawatan itu sendiri.

Sungguhpun begitu, adakah rawatan jenis ini dibenarkan dalam Islam? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai, ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.

Berikut adalah perkongsiannya:

Dalam era globalisasi dan dunia yang semakin maju dan canggih, peningkatan bilangan khidmat perubatan untuk kecantikan semakin bertambah.

Namun begitu, seperkara yang perlu diberi perhatian ialah pandangan syarak tentang sesuatu jenis perubatan untuk kecantikan sama ada ianya dibenarkan atau tidak.

Pandangan Islam Mengenai Perubatan Untuk Kecantikan

Islam melaknat sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik sama ada dengan cara suntikan atau dengan cara pembedahan.

Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan ia adalah diharuskan.

Tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ yang tubuh yang rosak selain untuk mengembalikan kecacatan pada kejadian tubuh manusia yang normal.

Nabi ﷺ bersabda:

لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

Maksudnya: Allah Taala melaknat mereka yang mentatu dan yang minta ditatu, mereka yang mencabut bulu (di wajah), mereka yang minta di cabut bulu (di wajah) dan mereka yang merenggangkan giginya untuk tujuan kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. (HR Bukhari & Muslim)

Berubat Dengan Benda Yang Najis Atau Benda Yang Diharamkan

BACA JUGA: Wanita Sarat Mengandung Kejar Pencuri Sejauh 50 Meter

Walaupun berubat itu diharuskan namun berubat dengan benda yang haram adalah dilarang sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:

ان الله انزل الداء والدواء وجعل لكل داء دواء فتداووا ولا تداووا بحرام

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram”. ( HR Abu Dawud)

Manakala dalam sebuah hadis lain yang diriwayakan oleh Abu Hurairah Radhiallhu ‘anhu, beliau berkata, Nabi ﷺ bersabda:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الدواء الخبيث

Maksudnya: “ Nabi melarang daripada berubat dengan ubat yang kotor”

(HR Abu Dawud)

Kedua-dua hadis di atas melarang daripada menggunakan benda-benda yang najis dan haram bagi tujuan perubatan.

BACA JUGA: Unik, Lelaki Kreatif Hasilkan Lukisan Atas Kain Batik Nenek

Walau bagaimanapun di dalam kitab Al-Majmu’ juzuk 9/58 karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah berpendapat bahawa, larangan tersebut (berubat dengan yang haram dan najis) ialah jika tidak ada keperluan untuk menggunakan ubat-ubatan yang haram dan najis kerana masih terdapat ubat yang suci.

Beliau berkata lagi bahawa para ulama Syafi’yyah berpendapat harus berubat dengan najis apabila tidak didapati ubat yang suci yang boleh menggantikannya. Jika terdapat ubat yang suci, maka haram berubat dengan najis tanpa diperselisihkan oleh para ulama.

(Al- Majmuk juzuk 9/54-55)

Daripada keterangan yang telah disebutkan tadi hukum asal berubat dengan benda yang najis adalah haram sekalipun bukan dengan arak.

Namun ia diharuskan jika tidak didapati ubat yang suci sebagai pilihan kerana darurat.

BACA JUGA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Kesimpulannya, merujuk kepada suntikan menggunakan darah ke muka, maka dapatlah diketahui bahawa:

1) Suntikan untuk kecantikan walaupun untuk menghilangkan kedutan adalah dilarang dalam Islam melainkan untuk tujuan perubatan seperti menghilangkan kecacatan yang boleh menyebabkan kesakitan dan kesan yang mendalam kepada jasmani dan jiwa atau menghilangkan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah selama mana ianya tidak membawa kemudaratan ( perkara ini hendaklah dirujuk kepada doktor yang thiqah dan pakar).
2) Darah termasuk benda yang najis. Maka ia haram digunakan di dalam perubatan melainkan jika tidak didapati ubat yang suci (ia bergantung kepada beberapa syarat).
3) Sekiranya suntikan tersebut untuk tujuan merawat penyakit maka beberapa syarat perlu diikuti. Antaranya ialah: (i) Bahan yang digunakan hendaklah suci. (ii) Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar.

Disahkan oleh doktor yang thiqah dan pakar akan penggunaan suntikan tersebut sebagai penawar.

* Sekiranya tiada bahan yang suci maka syarat b dan c perlu dituruti dan perlu dipastikan bahawa tiada ubat yang suci sebagai alternatif serta ditambahkan lagi dengan beberapa hukum yang telah diterangkan di atas.

Beberapa fatwa dan pandangan ulama mengenai berubat dengan sesuatu yang najis dan haram antaranya ialah:

وقال النووي في المجموع: إذا اضطر إلى شرب الدم أو البول أو غيرهما من النجاسات المائعة غير المسكر، جاز شربه بلا خلاف… إلى أن قال: وإنما يجوز التداوي بالنجاسة إذا لم يجد طاهرًا يقوم مقامها، فإن وجده حرمت النجاسة بلا خلاف، وعليه يحمل حديث “إن الله لم يجعل شفاءكم فيما حرم عليكم” فهو حرام عند وجود غيره، وليس حرامًا إذا لم يجد غيره… انتهى.

Maksudnya: Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah di dalam kitab Al-Majmuk: apabila seseorang terjerumus ke dalam kemudaratan yang memerlukan untuk meminum darah atau air kencing atau selain keduanya daripada benda najis-najis yang cair selain yang memabukkan maka harus untuk meminumnya tanpa ada perselisihan di kalangan ulama. sehingga beliau berkata harus untuk berubat dengan benda yang najis sekiranya tidak terdapat alternatif yang suci yang boleh menggantikannya.

Jika terdapat sesuatu yang suci maka haram menggunakan najis untuk berubat tanpa ada perselisihan dalam kalangan ulama.

BACA JUGA: Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

قال العز بن عبد السلام ـ رحمه الله ـ: جاز التداوي بالنجاسات إذا لم يجد طاهرًا يقوم مقامها؛ لأن مصلحة العافية والسلامة أكمل من مصلحة اجتناب النجاسة. ولا يجوز التداوي بالخمر على الأصح.

Maksudnya: Telah berkata Imam Izzudin bin Abd Salam Rahimahulllah di dalam kitab Qawaidul Ahkam : Harus berubat dengan sesuatu yang najis sekirannya tiada yang suci yang boleh menggantikannya kerana kemaslahatan untuk mendapatkan kesihatan terlebih utama dan sempurna daripada kemaslahatan untuk menghindari daripada sesuatu yang najis.Tidak harus berubat dengan arak menurut qaul yang Asoh ( kuat).

وقال ابن عابدين في حاشيته: يجوز للعليل شرب البول، والدم، والميتة للتداوي، إذا أخبره طبيب مسلم أن منه شفاءه، ولم يجد من المباح ما يقوم مقامه. انتهى. ويجب على من تداوى بالنجس كالبول والدم أن يغسل موضعه قبل مباشرة الصلاة ونحوها. وللفائدة يرجى مراجعة هذه الفتوى.

Maksudnya: “Dan telah berkata Syeikh Ibn A’bidin di dalam hasyiahnya: Harus bagi seseorang pesakit untuk meminum air kencing atau darah atau bangkai untuk berubat. Ini dibolehkan sekiranya diberitahu oleh doktor muslim lagi thiqah mengenai penggunaan sesuatu yang najis itu sebagai penawar dan tidak terdapat sesuatu yang suci sebagai alternatif untuk menggantikan tempatnya. Bahkan wajib bagi sesiapa yang berubat dengan sesuatu bahan yang najis seperti air kencing atau darah untuk membasuh tempat yang terkena najis tersebut sebelum ia melaksanakan solat dan ibadat-ibadat yang lain. Bagi menambah dan mendapatkan lagi faedah bolehlah merujuk kepada fatwa beliau”.

والله أعلم وأحكم

BACA: Unik, Lelaki Kreatif Hasilkan Lukisan Atas Kain Batik Nenek

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan