Siakap Keli
ketahui apa itu asid sulfurik
Gambar: Indiamart

Bersifat Mengakis, Ketahui Apa Itu Asid Sulfurik Dan Kesan Kepada Kulit Manusia

Bersifat Mengakis, Ketahui Apa Itu Asid Sulfurik Dan Kesan Kepada Kulit Manusia

Apabila perkataan asid disebut tentunya terdapat beberapa perkara yang timbul dalam kepala, antaranya adalah ‘bahaya’.

Asid yang merupakan sejenis sebatian atau larutan kimia bersifat masam dan mengakis.

Bahan ini tergolong dalam cecair berbahaya kerana boleh membawa kemudaratan pada kulit manusia.

Sesiapa yang terkena bahan kimia tersebut akan mengalami kelecuran tahap bahaya seperti yang dialami oleh pemain bola sepak, Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap 4 gara-gara menjadi mangsa simbahan asid baru-baru ini.

Kemungkinan ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah bahan kimia tersebut boleh merosakkan kulit?

Oleh yang demikian, mari ikuti perkongsian SK di bawah ini berkenaan dengan bahayanya kepada manusia.

Apa itu asid sulfurik?

Gambar: Indiamart

Menurut Britannica, asid sulfurik merupakan sejenis bahan kimia yang tidak mempunyai warna, berminyak dan bersifat menghakis.

Bahan kimia ini disediakan secara industri melalui tindak balas air dengan sulfur trioksida, yang seterusnya dibuat melalui gabungan kimia sulfur dioksida dan oksigen sama ada melalui proses sentuhan atau proses kebuk.

Asid sulfurik ialah asid yang sangat kuat. Dalam larutan akueus (pelarutnya adalah air) ia mengion sepenuhnya untuk membentuk ion hidronium (H3O+) dan ion hidrogen sulfat (HSO4−).

Bagaimanapun, dalam larutan cair, hidrogen sulfat terpisah, membentuk lebih banyak ion hidronium dan ion sulfat (SO42−).

Disebabkan itu, asid ini mudah bertindak balas dengan air dan menghasilkan suhu tinggi dengan banyak logam, karbon, sulfur dan bahan lain.

BACA: Alirkan Air Selama 20 Minit, Ini Langkah Awal Rawat Luka Lecur Bahan Kimia

Lebih-lebih lagi, asid sulfurik pekat merupakan agen penyahidratan (kehilangan cecair atau bendalir badan) atau dehidrasi yang kuat kerana menyerap banyak bahan organik, seperti kayu, kertas atau gula dan meninggalkan sisa karbon.

Selain itu, larutan ini umumnya mengandungi 20, 40, atau 65 peratus sulfur trioksida, digunakan sebagai bahan kimia organik contohnya baja.

Kegunaan asid sulfurik

Gambar: Bernama

Lazimnya, bahan kimia ini digunakan secara komersial berbanding bahan-bahan kimia lain.

Asid ini biasanya dijadikan baja, pigmen pewarna, ubat-ubatan, bahan letupan, detergen, mineral bukan organik, proses penapisan petroleum dan metalurgi.

Bukan itu sahaja asid sulfurik berfungsi sebagai elektrolit dalam bateri penyimpanan asid plumbum.

Kesan pada kulit

Menurut MedlinePlus, bahan kimia ini boleh menyebabkan luka bakar yang teruk (lepuh) dan kerosakan tisu apabila ia bersentuhan dengan kulit.

Sementara KKM mentafsirkan melecur berdasarkan kedalaman luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Tahap melecur dibahagikan kepada empat;

Gambar: Phoenix Society

Tahap pertama
Lecur pada lapisan kulit bahagian atas (epidermis).

Tahap kedua
Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua (epidermis dan dermis).

Tahap ketiga
Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas.

Tahap empat
Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga hilang rasa sakit.

Difahamkan, luas luka lecur dikira sebagai peratusan. Oleh itu, anggaran 1 peratus melecur pada badan bersamaan ukuran selebar tapak tangan individu.

Semakin tinggi peratusan permukaan kulit yang lecur semakin teruk keadaan pesakit. Lecur pada muka, tangan, kaki dan kelangkan dikira sebaga lecur yang teruk.

Kesan luka lecur

Bagi lecur tahap pertama, ia akan kembali pulih tanpa sebarang komplikasi.

Bagaimanapun, lecur lebuh boleh mengakibatkan mangsa kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka pada komplikasi awal. Berikutan itu, ia akan mengakibatkan hipotensi, suhu badan yang rendah dan shock terhadap mangsa.

Selain itu, mangsa juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan, jangkitan kuman pada luka lecur dan kerosakan pada saraf dan otot adalah dijangkakan.

Bagi kesan jangka panjang, mangsa akan mempunyai pembentukan parut dan ke kecacatan kekal serta trauma akibat kesan melecur.

Sumber: Britannica, MedlinePlus, KKM

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?