Siakap Keli
empat sahabat kemalangan dua maut
Sumber: Sinar Harian

Empat Sahabat Terlibat Kemalangan, Dua Maut Di Tempat Kejadian

Empat Sahabat Terlibat Kemalangan, Dua Maut Di Tempat Kejadian

Kegembiraan empat sahabat pulang dari minum bersama bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah setelah kenderaan dinaiki terbabas dalam kemalangan dekat Jalan Meru, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao mengesahkan  polis polis menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.55 pagi menerusi Bilik Gerakan IPD Klang Utara.

Jelasnya, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa berusia antara 22 hingga 30 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah seorang daripada mereka di Kampung Jawa, Klang selepas minum bersama di Kuala Lumpur.

“Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, kereta jenis Perodua Bezza dinaiki kesemua mangsa terbabas sebelum melanggar batu pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Perodua Bezza berkenaan kemudiannya berpusing mengakibatkan pemandu terlibat tercampak keluar manakala penumpang hadapan tersepit di bahagian tempat duduk,” katanya pada Selasa.

Menurut beliau, dua mangsa ditemukan mengalami kecederaan manakala dua lagi maut di tempat kejadian.

“Mayat dua mangsa yang maut kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambah beliau, semakan mendapati kawasan kejadian tidak terdapat kamera litar tertutup (CCTV).

Susulan itu, orang ramai yang memiliki maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Klang Utara Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327.

BACA: Selangor Bakal Tarik Diri Aksi Piala Sumbangsih?

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah