Siakap Keli
faisal halim ICU
Sumber: Stadium Astro

Faisal Halim Dalam Keadaan Serius Tapi Stabil Di ICU

Faisal Halim Dalam Keadaan Serius Tapi Stabil Di ICU

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan menjadi mangsa dalam insiden simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Sebelumnya, tahap kelecuran yang dihadapi Faisal berada pada tahap dua, tetapi tindak balas yang kuat mengakibatkan tahap kelecuran pada badan pemain itu meningkat kepada tahap empat.

Susulan itu, Faisal difahamkan berada dalam keadaan yang serius dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Bagaimanapun, keadaan beliau stabil dilaporkan masih stabil hari ini.

Menurut sumber dalam Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), pemain itu telah menjalani prosedur pembedahan pertama selama empat jam semalam. Keadaan beliau semasa pembedahan menunjukkan bahawa beliau mengalami lecuran di keseluruhan bahagian kiri muka sehingga menjejaskan bahagian hidungnya.

Selain itu, keseluruhan bahagian posterolateral lengan kiri dan bawah serta bahagian kiri dadanya juga mengalami kecederaan serius akibat simbahan asid.

Berkenaan lukanya pula, Faisal mengalami kesan terbakar pada bahagian luar dan dalam badannya.

Meskipun telah menjalani pembedahan pertama, sejumlah tisu badannya tidak menunjukkan tindak balas yang positif.

BACA: Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC Kekal Jumaat Ini – CEO MFL

Sumber: Stadium Astro

Sharifah Hannah Adibah