Siakap Keli

Marrybrown Tom Yam Chicken Kini Kembali Menggamit Selera Penggemar Citarasa Thailand

Marrybrown Tom Yam Chicken Kini Kembali Menggamit Selera Penggemar Citarasa Thailand

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2024 – Marrybrown®️ selaku rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar, kini kembali dengan menu Marrybrown Tom Yam Chicken yang mengetengahkan citarasa Thailand yang pasti memikat selera! Atas permintaan ramai, menu ini boleh dinikmati mulai hari ini di seluruh negara!

Menu yang diperkenalkan semula ini menawarkan hidangan klasik seperti Tom Yam Chicken, Tom Yam Chicken Burger, Tom Yam Porridge, dan Tom Yam Fries, yang setiap hidangannya disempurnakan dengan adunan rempah ratus dan cili khas Thailand. Istimewa pada tahun ini, Marrybrown®️ meningkatkan lagi pengalaman kulinari untuk para pengunjung dengan Tom Yam Chicken Bucket yang disediakan khas untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan!

“Sebagai jenama tempatan, Marrybrown®️ sentiasa mengutamakan usaha dalam menawarkan menu dengan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk memenuhi citarasa pelbagai rakyat Malaysia. Sejak pelancaran awal menu Tom Yam kami, sambutan yang diterima terbukti positif dan sangat menggalakkan.

Keterujaan pelanggan terhadap makanan berasaskan masakan Thailand telah memberi inspirasi kepada kami untuk membawa kembali menu istimewa ini dengan sentuhan selera tempatan dan penampilan Marrybrown Tom Yam Chicken Bucket yang terbaharu,” kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®️.

marrybrown tom yam chicken
Marrybrown Tom Yam Chicken

Menu yang menggamit selera ini menampilkan Kombo Tom Yam Chicken, harga bermula dari RM18.50, yang menawarkan pilihan antara dua atau tiga ketul Tom Yam Chicken bersama kentang goreng. Kombo Tom Yam Porridge ialah gabungan bubur Tom Yam dengan satu ketul Tom Yam Chicken, bermula harga dari RM16.90.

marrybrown tom yam chicken
Marrybrown’s Tom Yam Porridge Combo

Kombo Tom Yam Chicken Burger pula adalah burger klasik MB yang pedas, yang turut dihidangkan dengan kentang goreng, bermula harga dari RM17.90. Setiap hidangan kombo dilengkapi dengan segelas Heaven and Earth Ice Lemon Tea untuk meredakan kepedasan!

marrybrown tom yam chicken
Marrybrown’s Tom Yam Chicken Burger Combo

Bagi mereka yang inginkan sajian yang lengkap , Tom Yam Big Box boleh dijadikan pilihan. Bermula harga dari RM24.90, pilihan sempurna dengan seketul Tom Yam Chicken, Tom Yam Chicken Burger, kentang goreng dan segelas Heaven and Earth Ice Lemon Tea. Lengkapkan hidangan dengan kemanisan Pai Mangga dengan inti buah mangga serta dibalut dengan pastri rapuh yang enak, bermula harga dari RM4.50 sebagai menu tambahan.

Marrybrown’s Tom Yam Big Box
Marrybrown’s Tom Yam 3-pc Chicken Combo
Marrybrown’s Mango Pie

Marrybrown Tom Yam Chicken Bucket terbaharu boleh didapati dalam pilihan 6-ketul, 9-ketul, atau 12-ketul, lengkap dengan Pai Mangga, kentang goreng, dan Heaven and Earth Ice Lemon Tea, bermula harga dari RM58.90.

Marrybrown Tom Yam Chicken Bucket

“Kami sangat teruja untuk membawa kembali menu ini dan meneruskan tradisi untuk berinovasi dalam masakan kami. Di Marrybrown®️ , kami komited untuk meningkatkan menu kami supaya pelanggan kami dapat menikmati pengalaman kulinari yang terbaik. Kami tidak sabar untuk memperkenalkan hidangan yang lebih inovatif kepada pelanggan setia Marrybrown®️  sambil menambah baik perkhidmatan kami,” kata Daniel.

Marrybrown®️ kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari

Laman Web: https://marrybrown.com/ 

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

TikTok: Marrybrownmy

Threads: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

Nurul Naqiyah