Siakap Keli
lelaki nepal tawan gunung everest
Gambar: AFP

Pecah Rekod Sendiri, Lelaki Nepal Tawan Gunung Everest Kali Ke-29

Pecah Rekod Sendiri, Lelaki Nepal Tawan Gunung Everest Kali Ke-29

KATHMANDU — Seorang pendaki Nepal, Kami Rita Sherpa berjaya menawan puncak gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest buat kali ke-29, bagi memecahkan rekod peribadinya, lapor AFP.

Salah seorang yang mengikuti jejak langkah Kami Rita, 54, adalah Briton Kenton Cool, 50, yang menawan puncak itu buat kali ke-18.

“Kami Rita dan Kenton Cool kedua-duanya sampai ke puncak pada Ahad, membuat rekod,” kata Rakesh Gurung dari jabatan pelancongan Nepal kepada AFP.

Kami Rita yang juga dikenali sebagai “Everest Man”, pertama kali mendaki puncak yang berketinggian 8,849 meter (29,032 kaki) itu pada tahun 1994 ketika bekerja sebagai ekspedisi komersial.

Gambar: AFP

Sejak itu, Kami Rita mendaki puncak tertinggi di dunia itu setiap tahun sebagai jurupandu dan telah menguasai bidang itu selama lebih dua dekad.

“Kembali sekali lagi menawan puncak dunia kali ke-29,” tulisnya di platform Instagram sewaktu di base camp minggu lalu.

Pada tahun lalu, dia mendaki gunung itu sebanyak dua kali untuk mengatasi rekod sama yang dipegang rakan seangkatannya, Pasang Dawa Sherpa.

Sebelum ini, dia pernah memaklumkan bahawa dia tidak bercadang untuk mencipta rekod tersebut dan hanya mahu bekerja sebagai malim gunung.

BACA: “Air Terjun” Old Trafford Iringi Kekalahan United

Untuk rekod, Kami Rita juga pernah menakluki puncak gunung kedua di dunia, gunung k2 di Pakistan setinggi 8,000 meter

Sementara itu, rakan pendakinya Cool yang juga seorang jurupandu berkata dia pernah terlibat dalam satu kemalangan ketika memanjat batuan.

Menurutnya, kedua-dua tulang tumitnya patah pada tahun 1996 dan sejak itu dia tidak akan mendaki tanpa bantuan.

“Saya sangat terkejut dengan minat, memandangkan Sherpa mempunyai rekod pendakian yang lebih banyak,” katanya kepada AFP dalam temu bual pada 2022 selepas pendakian ke-16 gunung itu.

Difahamkan, Kerajaan Nepal telah mengeluarkan sebanyak 414 permit Everest kepada pendaki gunung sepanjang bulan April hingga awal Jun ini.

Kebiasaannya, pendaki akan diiringi oleh jurupandu tempatan.

Untuk makluman, Nepal merupakan rumah kepada lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia.

Oleh itu, ia menjadi lubuk kepada pendaki daripada seluruh dunia.

Pada tahun lalu, lebih 600 pendaki berjaya mendaki puncak Everest dengan 18 kematian direkodkan.

Sumber: AFP via RTL Today

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.