Tak Bawa MyKad, Pemuda Kongsi Pengalaman Tidur Lokap Selama Empat Hari
Gara-gara terlupa membawa kad pengenalan (MyKad) ketika keluar berjalan, seorang lelaki alami saat getir dalam hidup selepas ditangkap dan terpaksa tidur di dalam lokap selama empat hari ketika berusia 16 tahun.
Kisah tersebut dikongsikan pemilik akaun TikTok @thejokercho, di mana dia mahu orang ramai mengambil iktibar daripada penceritaannya supaya tidak meninggalkan MyKad ketika keluar rumah.
Menceritakan kembali, dia menjelaskan kejadian itu berlaku ketika dia telah keluar bersama rakan di sebuah pusat membeli-belah di Klang tanpa membawa MyKad.
Difahamkan juga, pada waktu itu dia menggunakann MyKad sementara yang dipohonnya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akibat hilang.

Tambahan lagi, MyKad sementara itu hanya dibekalkan dalam bentuk helaian kertas, dan lelaki tersebut yang bimbang kertas berkenaan semakin rosak, tidak membawanya pada hari kejadian.
BACA: “The Cafe Class”, Guru Guna Elaun Pedalaman Hias Kelas Ala-Ala Kafe
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, apabila hari kejadian pihak polis melakukan operasi di pusat beli belah berkenaan.
“Aku naik lif pertama lepas, lif kedua lepas, lif ketiga lepas, lif keempat aku tengok apasal ramai orang ni. Aku tengok eh ada geng pakai singlet dan rambut panjang berikat. (Terfikir) kenapa semua kena tangkap tetapi aku pun buat tak tahu je.
“Jadi yang sorang ni polis, dia suruh aku ke tepi. Minta MyKad apa semua. Ya Allah masa tu MyKad aku tak bawa geng…Bayangkan macam mana keadaan aku masa tu,” katanya sambil menambah telah digari.
Tambahnya ketika itu dia dibawa menaiki trak polis untuk di hantar ke balai polis Klang bersama tahanan lain yang rata-ratanya adalah warga asing.
Bagaimanapun, dia memberitahu dia bernasib baik kerana sewaktu dimasukkan ke dalam lokap selama empat hari mengenali seorang kenalan di kampung.
Selepas tempoh tersebut, dia menceritakan telah di bawa ke Mahkamah untuk dibicarakan.
Disebabkan usia yang masih mentah, lelaki itu ketakutan selepas hakim menjatuhi hukum penjara satu hari lagi.
“Duduk dekat situ (penjara mahkamah) ya Allah, empat jam lagi aku dibebaskan. Menunggu empat jam tu lama rasa.
“Lama.. rasa macam empat tahun. tunggu punya tunggu nama aku dipanggil dan dibawa jumpa keluarga, aku peluk mak bapa aku,” katanya.
Dia turut menasihat kepada orang awam untuk mengambil iktibar daripada kisahnya, yang keluar ke mana-mana tanpa membawa kad pengenalan lagi kerana boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 dan penjara satu hari.
Semoga bermanfaat.
@thejokercho
Sumber: TikTok @thejokercho