“Biar Tempat Kerja Isteri Dekat,” Lelaki Jelaskan Kenapa Sanggup Ulang-Alik 120 km Pergi Kerja
Kalau korang, sanggup tak nak ulang-alik kerja dengan jarak perjalanan sekitar 100km sehari? Kalau dianggarkan, boleh mencapai 2 jam juga perjalanan jika terpaksa hadap jem setiap pagi dan petang. Tapi untuk yang sanggup, mesti ada sebabkan, contohnya gaji tinggi, kos sara hidup ataupun boleh ‘Work From Home’.
Tapi lain pula bagi seorang lelaki ini yang baru saja berpindah rumah ke tempat yang lebih dekat dengan tempat bekerja isterinya. Tapi, dia pula yang terpaksa hadap 120km sehari untuk ulang-alik kerja setiap hari. Namun, jawapan yang diberikan olehnya sangat menarik perhatian dan mungkin boleh menjadi panduan untuk suami-suami yang lain.
Menurut perkongsian di laman Facebook miliknya, isterinya baru sahaja mendapat pekerjaan di Sepang, dan jarak untuk ke tempat kerja dari rumah lama sangatlah jauh dan memakan masa. Jadi tanpa berfikir panjang, brader ni pun ambil keputusan untuk pindah rumah supaya lebih dekat dengan tempat kerja isteri. Namun, disebabkan perkara itu, dia akan berulang-alik setiap hari dengan jarak 120km dan katanya dia sanggup melakukan perkara itu. Tapi kenapa?
‘Protect Wife At All Cost’
Menurutnya, dia mengamalkan konsep yang lebih selamat, iaitu melindungi isterinya dari semua segi. Antaranya dari segi keselamatan, emosi, penat lelah dan lain-lain juga. Baginya sekiranya isteri dapat pekerjaan yang harmoni, perjalanan ke tempat kerja pun tenang, dan lebih banyak masa berehat di rumah, maka masalah lain-lain juga tidak timbul.
Kalau kau jaga semua ni, dia pun tak koyak. Kalau dia koyak, silap2 kucing tepi jalan pun dia marah.
Tambahnya lagi secara berseloroh, kalau dibiarkan isteri penat sehingga ‘koyak’, jangankan dirinya, entah-entah kucing tepi jalan pun boleh kena marah dengan isteri.
Nampak agak memenatkan jika terpaksa ulang-alik kerja sejauh 120km, namun melihat kepada alasan yang diberikan oleh lelaki ini, mungkin ada benarnya juga keputusannya untuk berpindah rumah. Lagipun bagi seorang suami, keselesaan isterinya adalah keutamaan baginya. Risiko berada di atas jalan raya juga dapat dikurangkan namun apa yang paling penting adalah emosi si isteri.
Menjengah ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi lucu yang diturunkan oleh warganet. Antaranya ramai yang bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh lelaki ini kerana mereka juga sedang melakukan perkara yang sama. Namun, tak kurang juga ada yang bertanyakan bagaimana si isteri mudah mendapatkan pekerjaan.
Menurut respon balas daripada lelaki ini, dia mengatakan bahawa isterinya menyertai karnival kerjaya 2024 yang dianjurkan pada Hari Pekerja awal bulan yang lalu di PICC. Tambahnya, dia membenarkan isterinya mencuba nasib di karnival itu disebabkan ianya dianjurkan oleh KESUMA melalui PERKESO. Tulis komen itu, ada 10,000 peluang pekerjaan ketika karnival itu dianjurkan dan salah satu daripadanya kini menjadi milik isterinya.
Tak habis dengan itu, lelaki ini juga berpesan kepada yang sedang mencari kerja, kalau PERKESO ada menganjurkan apa-apa karnival kerjaya, lebih baik jangan lepaskan peluang. Tegasnya, karnival yang dianjurkan akan tawarkan banyak peluang pekerjaan dan manalah tahu kalau salah satunya akan diterima.
Nahh, min kongsikan kat korang laman Facebook dan laman web PERKESO untuk mudahkan korang jika berminat dengan pesanan tersebut.
Apa-apa pun, setiap pekerjaan mempunyai pelbagai cabaran dan risikonya. Namun, ianya adalah lebih baik mencabar apabila menjalankan tugas daripada mencabar untuk mendapatkan pekerjaan.