Siakap Keli
Gambar tular

Harimau Belang Ditemukan Mati Dilanggar Di Bentong

Harimau Belang Ditemukan Mati Dilanggar Di Bentong

KUANTAN — Seekor harimau belang jantan dewasa ditemukan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Lentang-Bentong Pahang dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.23 pagi itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin.

“Harimau jantan itu dianggarkan seberat 130 kilogram dan berusia empat tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.

“Berdasarkan jangkaan awal, haiwan itu (dipercayai) dari Hutan Simpanan Bukit Tinggi,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya telah membawa bangkai haiwan berkenaan pada awal pagi tadi bagi tindakan selanjutnya.

Terdahulu, penemuan bangkai harimau yang dipercayai dirempuh kenderaan itu tular dalam satu rakaman berdurasi 28 saat di media sosial.

Difahamkan, perkongsian klip itu dipercayai dimuat naik oleh pengguna yang melalui jalan sewaktu kejadian berlaku.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini turut berkongsi mengenai kes itu.

Berita kematian pak belang itu merupakan yang ketiga dilaporkan dalam tempoh enam bulan sahaja, bermula November 2023 hingga Mei 2024 (hari ini).

Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia

“Kesemua kemalangan maut melibatkan Harimau Malaya berlaku pada hari Khamis,” kata persatuan itu dalam hantaran berkenaan.

BACA: Pakcik Shell Jelaskan Bahaya Masak Mi Segera Guna Dapur Api Dekat Stesen Minyak

Pada 21 Mac lalu, seekor harimau belang ditemui mati dilanggar dipercayai ketika melintas Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Trong – Beruas Perak.

Berdasarkan bangkai haiwan yang ditemui, ia dianggarkan telah mati sejak dua hari.

Hasil penelitian juga menganggarkan kucing besar itu berusia antara lima hingga 10 tahun.

Pada November tahun lalu, seekor lagi harimau menjadi mangsa langgar sebuah treller di Lebuhraya Utaea Selatan (PLUS) Sebelah Gua Tempurung.

Sumber: Sinar HarianFacebook Persatuan Haiwan Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?