Siakap Keli
Awan Berbentuk Godzilla
Kredit: @yusuki.7 via TikTok

Unik Tapi Comel, Tular Awan Bentuk Godzilla Muncul Di Langit Kuantan

Lain Daripada Yang Lain, Awan Berbentuk Godzilla Bikin Ramai Orang Terhibur

Apabila berbicara tentang fenomena di langit, yang biasa terlintas di fikiran tentunya berkenaan kejadian gerhana, pelangi dan sebagainya kerana itu yang sering kita saksikan.

Bagaimanapun, jarang-jarang sekali kita menyentuh topik tentang formasi awan kerana pada pandangan kita, bentuk awan itu sama sahaja setiap hari.

Setiap hari, awan akan muncul lebih-lebih lagi ketika negara berada dalam musim hujan. Awan tebal boleh dikatakan dapat dilihat di mana-mana sahaja, daripada matahari terbit sehinggalah terbenam kembali.

Setidak-tidaknya, begitulah anggapan kita sejak kecil lagi, kan? Tiada yang luar biasanya tentang bentuk awan.

Namun begitu, formasi awan juga ada kalanya boleh menjadi sangat unik hingga menghasilkan bentuk seperti haiwan, tumbuhan ataupun objek-objek lain.

Penampakan awan bentuk Godzilla yang unik hingga membuatkan orang ramai terhibur

Itulah situasi unik yang dapat dilihat oleh warga Kuantan baru-baru ini apabila formasi awan unik muncul disana.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @yusuki.7, pemuda itu berjaya merakam bentuk unik awan yang mirik dengan watak fiksyen Godzilla.

Dalam video berdurasi kira-kira 19 saat itu, bentuk awan berkenaan seolah-olah menunjukkan watak raksasa ikonik itu sedang mendepakan kedua-dua belah tangannya.

Apa yang lebih menarik lagi, cahaya matahari di belakang awan berkenaan turut menonjolkan lagi bentuk raksasa tersebut.

Video tersebut mendapat 50 lebih ribu tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki itu.

Namun begitu, ada yang berpendapat bentuk tersebut seperti watak dalam siri animasi SpongeBob SquarePants iaitu Patrick Star.

“Macam memerang tengah healing je haha,” komen seorang wargamaya.

“Godzilla tengah lompat bintang ke?” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Untung RM9.4 Billion, Singapore Airlines Dilapor Beri Staf Bonus 8 Bulan

@yusuki.7

Jarang jarang awan macam godzilla🤣🤣 #kuantanproblem #fyp #foryou

♬ golden hour – JVKE

Jadi kepada anda semua, lepas ini jangan lupa pandang ke langit selalu ya. Siapa tahu, giliran anda pula terserempak dengan awan berbentuk unik di masa akan datang.

Sumber: @yusuki.7 via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.