Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
penoreh getah jutawan tak sangka jadi jutawan
Kredit Gambar: Sinar Harian

Penoreh Getah Tak Sangka Jadi Jutawan, Menggeletar Satu Badan Bila Dapat Tahu

Sofea

Penoreh Getah Tak Sangka Jadi Jutawan, Menggeletar Satu Badan Bila Dapat Tahu

Seorang penoreh getah tidak menyangka bahawa dia terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.

Menurut Sinar Harian, langkah menyimpan wang yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dua tahun lalu membawa tuah kepada Johni Satur, 57.

Dia juga telah menjadi orang ke-199 menerima RM1 juta dan yang pertama bagi tahun ini di Sabah.

BACA: Wanita Meninggal Dunia Selepas Selesai Baca Yasin Di Masjid

“Pada mulanya saya menyimpan wang yang dikeluarkan dari KWSP pada tahun 2022 di bank atas nasihat anak kedua. Itu pun sebab mereka bimbang jika saya ditipu oleh scammer.

“Kemudian pada minggu lalu, saya telah dihubungi mengatakan saya telah memenangi wang RM1 juta. Memang agak terkejut sehingga menggeletar seluruh badan selain takut kerana ada juga terfikir ia mungkin scammer.

“Tetapi selepas diperiksa di kaunter bank, memang betul saya mendapat cabutan SSP tersebut,” katanya.

Maklumat tersebut sepatutnya dimaklumkan sejak April lalu tetapi gangguan talian telefon yang dialami di kawasan kampungnya menyebabkan ia baru diterima bulan ini.

“Bulan April lagi telah dimaklumkan cuma saya tidak dapat dihubungi sebab tiada liputan telefon seperti yang berlaku hari ini. Kalau tiada bekalan elektrik, talian telefon automatik terputus,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Johni berkata dia mempunyai hasrat untuk membina sebuah rumah lain apabila ditanya mengenai perancangannya selepas menerima wang tersebut.

BACA JUGA: Dua Anggota Polis Maut Dalam Insiden Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

“Rumah saya ada kerosakan termasuk bocor di beberapa bahagian, kalau mahu tambah pun kawasan halaman rumah memang sempit jadi saya akan membina rumah di tapak lain.

“Selain itu, wang tersebut akan digunakan untuk pendidikan anak-anak memandangkan ada dua lagi anak saya masih bersekolah iaitu berada di Tingkatan Enam dan juga Tingkatan Satu.

“Umur saya pun sudah lanjut, jadi dengan pendapatan sebagai penoreh getah yang hanya RM500 sebulan mungkin tidak akan mencukupi membiayai pelajaran anak-anak,” ujarnya.

Johni juga mengucapkan terima kasih kepada pihak bank kerana memberi peluang kepadanya merasai pengalaman sebagai jutawan walaupun dia hanya orang kampung biasa.

Sumber: Sinar Harian