Siakap Keli
angkat "wiper" kereta parkir kereta
Kredit Gambar Hiasan: AFP

Perlu Ke Angkat “Wiper” Bila Parkir Kereta? Ini Yang Anda Kena Tahu

Perlu Ke Angkat “Wiper” Bila Parkir Kereta? Ini Yang Anda Kena Tahu

Bila sudah memutuskan untuk membeli kereta, setiap orang semestinya perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk apabila ada bahagian pada kereta mengalami kerosakan.

Disebabkan itu, penjagaan atau pemeriksaan yang berkala perlu dilakukan.

Kebiasaannya, kita akan menumpukan perhatian kepada bahagian enjin dan tayar. Tetapi, bagaimana pula dengan ‘kesihatan’ pengelap cermin depan atau wiper kereta anda?

Mungkin ada sesetengah orang yang menjaga pengelap cermin itu dengan mengangkatnya ketika memarkir terutama di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari.

BACA: Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Pun begitu, adakah tindakan tersebut sebenarnya perlu dilakukan? Betul ke pengelap cermin itu tidak akan rosak apabila melakukannya?

Untuk mengetahui jawapannya, mari ikuti perkongsian oleh pengguna TikTok @altimatautogarage di bawah ini.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok itu, difahamkan pengelap cermin  sebenarnya tidak perlu diangkat ketika memarkir kereta kerana ia akan cepat rosak.

“Bila korang kerap angkat-angkat wiper korang ni, spring wiper korang ni akan cepat longgar,” katanya.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pengelap cermin tidak berfungsi dengan baik.

Wiper korang takkan berfungsi dengan baiklah bila dia bergerak tu dia dah jadi tak betul, kalau dibiarkan lama-lama spring wiper pun boleh tertanggal,” katanya lagi.

Dalam pada itu, getah pengelap itu juga akan rosak kerana terkena cuaca panas sekaligus tidak boleh membersihkan air di cermin dengan betul.

Apa kena buat?

Justeru, jika ingin pengelap tersebut tahan lama, anda haruslah selalu membersihkan bilah pengelap dan cermin kereta, selain parkir di kawasan yang redup.

Langkah lain adalah dengan menukar pengelap tersebut setiap enam bulan sekali.

Untuk lebih jelas, saksikan video di bawah ini.

@altimatautogarage

Mengarut lah parking nak kena angkat wiper!!! buat cepat jahanam je wiper tu!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #bengkelmobil #kereta #car #cars #carsoftiktok #carslover #mobil #trending #viral #fyp

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

BACA JUGA: Apa Akan Jadi Kalau RON95 Bercampur Dengan RON97? Ini Penjelasan Pakar

Sumber: altimatautogarage

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.