Seorang Maut, Beberapa Lagi Cedera Selepas Pesawat Singapore Airlines Alami Gelora Udara
Seorang maut dan beberapa orang lagi cedera selepas pesawat Singapore Airlines (SIA) penerbangan SQ321 mengalami gelora udara yang teruk semasa dalam perjalanan dari London ke Singapura, lapor AFP.
“Pesawat terbabit dilencongkan ke Bangkok pada Selasa (waktu tempatan),” kata pihak syarikat berkenaan menerusi hantaran di Facebook.
Menurut laporan, pihak Singapore Airlines mengesahkan terdapat beberapa penumpang mengalami kecederaan dan seorang maut di pesawat tersebut.
“Kami boleh mengesahkan bahawa terdapat kecederaan dan satu kematian di dalam pesawat Boeing 777-300ER itu.
“Terdapat sejumlah 211 penumpang dan 18 anak kapal,” jelas pihak syarikat lagi.
BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL
BACA: “Hentikan Keganasan,” Borussia Dortmund Beri Sokongan Kepada Faisal Halim
Sumber: AFP