Siakap Keli

Ireland, Norway & Sepanyol Umum Iktiraf Negara Palestin

Ireland, Norway & Sepanyol Umum Iktiraf Negara Palestin

Kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol dilapor akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, lapor AFP.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Ireland, Simon Harris dalam satu kenyataan bersama di Dublin pada Rabu.

“Hari ini, Ireland, Norway dan Sepanyol mengumumkan bahawa kami akan mengiktiraf negara Palestin. Ia merupakan hari yang bersejarah buat Ireland dan Palestin,” kata Simon.

Perkara berkenaan turut diumumkan oleh Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store di Oslon dan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez di Madrid.

Ireland tidak menyatakan secara tepat bila negara itu akan memberikan pengiktirafan tersebut. Bagaimanapun, Norway dan Sepanyol memberitahu keputusan berkenaan akan dilaksanakan pada 28 Mei ini.

Menurut AFP, Sweden, yang memiliki komuniti besar Palestin di sana, menjadi negara Eropah Barat pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang mengiktiraf Palestin pada 2014.

Sebelum itu, enam negara Eropah iaitu Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Hungary, Poland dan Romania turut mengambil keputusan yang sama.

BACA: Viral Detik-detik Letupan Akibat Kebocoran Tong Gas, Penunggang Nyaris Jadi Mangsa

Sumber: AFP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.