Siakap Keli
letupan kebocoran tong gas

Viral Detik-detik Letupan Akibat Kebocoran Tong Gas, Penunggang Nyaris Jadi Mangsa

Viral Detik-detik Letupan Akibat Kebocoran Tong Gas, Penunggang Nyaris Jadi Mangsa

Satu kejadian letupan yang berpunca daripada kebocoran tong gas berlaku di Kompleks Liberty, Jalan Pendidikan, Bandaraya Medan hingga menyebabkan dua cedera berlaku baru-baru ini.

Menurut portal Detik.com, kejadian berkenaan turut dirakam oleh CCTV yang dipasang di luar sebuah premis dan menjadi tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang penunggang motosikal sedang melalui sebatang jalan di hadapan kompleks tersebut.

Viral kejadian letupan akibat kebocoran tong gas, penunggang nyaris jadi mangsa

Kemudian, secara tiba-tiba berlaku satu letupan daripada salah sebuah rumah di kawasan berkenaan. Akibatnya, berlaku kerosakan pada rumah berkenaan dengan beberapa serpihan turut kelihatan terlempar akibat letupan.

Penggera dipercayai penggera kenderaan dan juga rumah turut kedengaran. Orang ramai kemudian dirakam mula menghampiri lokasi letupan untuk meninjau apa yang berlaku.

Menurut Ketua Polis Daerah Medan Timur Pesuruhjaya, Briston Napitupulu berkata, kejadian terbabit berlaku pada 15 Mei lepas.

Empat buah rumah alami kerosakan, dua buah kenderaan turut rosak teruk

“Letupan berlaku disebabkan gas bocor. Setakat ini hanya dua orang mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Columbia,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Detik.com.

Letupan itu menyebabkan sebuah rumah mengalami kerosakan sehingga 80 peratus, manakala empat buah rumah lagi turut mengalami kerosakan.

Antara kerosakan yang dialami seperti keretakan dinding, bumbung genting runtuh dan dapur yang mengalami kerosakan. Dua buah kenderaan juga turut mengalami kerosakan teruk akibat ditimpa runtuhan.

BACA: Polis Buru Lelaki Tular, Disyaki Curi Pakaian Dalam Wanita

Sumber: Detik.com

Athirah

When nothing goes right, go left.