Siakap Keli

Julie’s Mewarna Melaka Kuning Di Lokasi Pelancongan Popular

Julie’s Mewarna Melaka Kuning Di Lokasi Pelancongan Popular

Melaka, 27 Mei 2024 Julie’s menghiasi bandar Melaka dengan tema warna kuning hari ini dengan pemasangan seni baharunya yang direka khas untuk menyuntik keseronokan dan  kreativiti ke dalam bandar bersejarah itu. Pemasangan seni baharu ini terletak secara strategik  di lokasi pelancongan popular seperti Stadthuys dan tepi Sungai Melaka dan menampilkan  lebih dari 50 set payung berjenama Julie’s lengkap dengan meja dan kerusi yang bergaya.

Inisiatif bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ini bertujuan untuk  meningkatkan pengalaman pengunjung sambil menambah daya tarikan kedua-dua mercu  tanda ikonik ini, menjadikanya destinasi yang lebih menarik untuk bergambar.

Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits berkata, “Sebagai jenama yang berbangga menggelar  Melaka sebagai rumah sejak 1985, kami teruja untuk membawa sesuatu projek yang  menyeronokkan di bandar ini.

Pemasangan seni ini bukan sahaja menambah warna-warna  cerah dan menarik di sekitar bandar ini, tetapi juga merupakan satu cara untuk kami memberi  kembali kepada komuniti dengan mewujudkan ruang yang lebih selesa di kawasan pelancongan popular untuk dinikmati orang ramai.” 

julie's melaka
Pemandangan penuh pemasangan seni baharu Julie’s di tepi Sungai Melaka.

“Komitmen kami kepada penglibatan komuniti tempatan dan promosi pelancongan adalah teras dalam semua yang kami lakukan, dan kami berharap projek ini akan membawa  kegembiraan kepada pengunjung dan memanfaatkan pelancongan di kawasan ini. Matlamat  kami dengan projek ini adalah untuk memperkayakan kawasan pelancongan tersebut dan  mencipta pengalaman yang sukar dilupakan untuk penduduk tempatan dan pelancong di  Melaka,” jelas Sai. 

Pemasangan seni set payung yang menceriakan bandar Melaka ini menampilkan warna  kuning ceria, warna khas jenama Julie’s yang melambangkan kebahagiaan dan kegembiraan. Setiap payung dihiasi dengan visual biskut unik yang diilhamkan dari biskut Julie’s kegemaran  pengguna, membawakan sentuhan yang menyeronokkan pada reka bentuk seni tersebut.

Reka bentuk payung ini juga akan mempamerkan logo kedua-dua jenama, menyerlahkan  komitmen dan perkongsian kedua-dua pihak dalam projek ini. Set payung artistik ini boleh  dilihat di sepanjang tepi Sungai Melaka setiap hari dan di kawasan Stadthuys pada hari  Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

“Kami senantiasa mencari cara untuk meningkatkan daya tarikan Melaka sebagai destinasi  pilihan pelancong, dan kerjasama dengan jenama tempatan seperti Julie’s yang berasal dari  Melaka adalah amat sesuai. Projek pemasangan payung ini akan menambah lagi daya tarikan  kawasan Stadthuys dan tepi Sungai Melaka serta memberi keselesaan kepada pengunjung,  terutamanya dalam cuaca panas dan hujan.

julie's melaka
Pasukan serta pengurusan Julie’s dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merasmikan pemasangan seni yang meriah di Stadthuys, Melaka. (Kiri-Tengah) Pengurus Besar Julie’s, Encik Lee Boon Seng dan (Tengah) Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman.

Ini adalah masa yang tepat untuk melancarkan  projek sebegini, dengan peningkatan pelancong yang dijangka pada tahun ini sempena Tahun  Melawat Melaka 2024. Kami berharap ia dapat memberi impak positif kepada komuniti  Melaka, terutamanya vendor di kedua-dua kawasan dan juga dapat meningkatkan usaha  MBMB dalam menarik pelancong” kata Datuk Shadan Othman, Datuk Bandar Majlis  Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Pemasangan seni ini menandakan sumbangan kedua Julie’s dalam memperkayakan landskap  di Melaka. Pada tahun 2022, Julie’s bekerjasama dengan artis graffiti Malaysia yang terkenal  di peringkat global, Cloakwork untuk mencipta Julie’s Magnifity, sebuah tempat bergambar  yang menampilkan dinding mural graffiti kreatif dan berwarna-warni yang menonjolkan  tempat-tempat ikonik di Melaka.

Melalui projek set payung baharu ini, Julie’s meneruskan  komitmennya untuk menyemai kegembiraan di bandaraya Melaka dengan harapan untuk mencipta kenangan yang berkekalan untuk semua yang berkunjung. 

Jangan lepaskan pengalaman ini dan lawatilah lokasi ‘photo-worthy’ terbaharu ini di  Stadthuys dan tepi Sungai Melaka sambil mengunjungi Melaka! Untuk mengikuti  perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, lawati laman web kami  atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di  www.instagram.com/juliesbiscuits. 

Nurul Naqiyah