Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kod QR CIQ BSI KSAB 1 Jun
Sumber: Bernama

Sistem Kod QR Akan Diguna Pakai Di CIQ BSI, KSAB Mulai 1 Jun

Hannah

Sistem Kod QR Akan Diguna Pakai Di CIQ BSI, KSAB Mulai 1 Jun

JOHOR BAHRU, 27 Mei (Bernama) — Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 1 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata fasa pertama Sistem Kod QR bagi pelepasan Imigresen di CIQ memfokuskan kepada penumpang bas rakyat Malaysia manakala penunggang motosikal di KSAB menggunakan bukti konsep (POC) selama tempoh tiga bulan sebelum ia diperluaskan kepada pengguna kenderaan persendirian pada fasa kedua; rakyat Singapura (fasa ketiga) dan warganegara lain.

“Dimulakan untuk rakyat Malaysia dahulu kemudian baru diperluaskan kepada yang lain kalau ‘bukti konsep’ ini berjaya.

“Dengan kod QR ini, maknanya semua rakyat Malaysia yang hendak ke Singapura kena muat turun aplikasi MySejahtera buat masa ini dan satu lagi melalui sistem MyTrip,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bil.1 2024 dan sesi lawatan ke Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin BSI di Bilik Mesyuarat Gambir BSI di sini hari ini.

BACA: 17 Hafiz Al-Quran SM Imtiaz Kuala Terengganu Raih 12A SPM

Turut hadir dalam mesyuarat dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan Tambak Johor berkata pelaksanaan kod QR ini akan mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas BSI pada waktu puncak daripada 120 minit kepada 15 minit, manakala tempoh menunggu bas KSAB pula dapat dikurangkan daripada 90 minit kepada 15 minit.

Menurutnya, pengguna motosikal di BSI pula dapat mengurangkan waktu menunggu daripada 40 minit kepada 30 minit, manakala tempoh menunggu pengguna motosikal di KSAB pula dapat dikurangkan daripada 45 minit kepada 30 minit.

Mac lalu, Singapura dilaporkan mengumumkan semua warga asing yang tiba dan keluar dari negara berkenaan dengan menaiki kereta sama ada menerusi pusat pemeriksaan Tuas atau pun Woodlands boleh menggunakan kod QR selain pasport untuk pelepasan imigresen yang lebih mudah dan pantas.

Berdasarkan statistik pada 2023 seramai 116 juta pengembara melalui kompleks CIQ di BSI dan KSAB, manakala sejak Januari tahun ini sehingga 15 Mei, seramai 53.8 juta pengembara dengan purata 398,000 sehari direkodkan.

BACA JUGA: KWSP Catat 2.86 Juta Permohonan Pindahan Ke Akaun Fleksibel

Sumber: Bernama