Siakap Keli
Remaja Ditemui Meninggal Dunia
Kredit: Sinar Harian

Dilapor Sesat Ketika Beriadah Di Bukit Broga, Remaja Ditemui Meninggal Dunia

Dilapor Sesat Ketika Beriadah Di Bukit Broga, Remaja Ditemui Meninggal Dunia

Seorang remaja lelaki ditemui meninggal dunia pada hari ini selepas dilaporkan sesat ketika mendaki di Bukit Broga pada Isnin lalu, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pasukan penyelamat menemui mangsa kira-kira jam 2.50 petang tadi.

“Remaja tersebut dijumpai pada jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga. Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter.

“Pada jam 3.42 petang, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Tambahnya, Pusat Gerakan Operasi Selangor telah menerima panggil kecemasan menerusi MERS 999 berhubung kejadian mangsa sesat di Bukit Broga pada Isnin, kira-kira jam 4.08 petang.

“Maklumat awal yang diterima, mangsa dipercayai sesat semasa sedang menjalankan aktiviti riadah bersama penjaganya serta dua rakan lain.

Agensi bantuan yang lain turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat

“Sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih telah digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR),” ujarnya.

Menurut Wan Md Razali lagi, SAR yang yang dijalankan turut melibatkanPolis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Turut serta dalam operasi tersebut adalah malim gunung, ranjer hutan dan Pasukan Bomba Sukarela Serdang.

“Gerakan mencari dan menyelamat itu merangkumi pencarian dari puncak satu hingga ke puncak tiga seluas 1.5 kilometer.

“Kaedah yang digunakan dalam operasi tersebut adalah ‘sweeping searching’ dari puncak tiga hingga ke Pusat Kawalan Bomba. Pencarian hari pertama ditangguhkan pada jam 2.30 pagi,” jelasnya.

BACA: Isu Produk Rempah Dari India Didakwa Mengandungi Ethylene Oxide

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.