Siakap Keli
fakta kereta api laju Indonesia
Gambar: KCIC

Ini Fakta Menarik Kereta Api Laju ‘Whoosh’ Indonesia, Mampu Capai Kelajuan Hingga 350 Km/j

Ini Fakta Menarik Kereta Api Laju ‘Whoosh’ Indonesia, Mampu Capai Kelajuan Hingga 350 Km/j

Bercakap mengenai kereta api, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran? Tentunya gerabak kereta api panjang yang bergerak di atas landasan.

Ia merupakan salah satu pengangkutan darat yang biasanya digunakan untuk perjalanan jarak jauh.

Seiring dengan perkembangan zaman, kereta api yang dahulunya dikuasakan dengan bahan bakar (arang batu) kini mempunyai pelbagai jenis seperti kereta api elektrik dan lain-lain.

Tambahan lagi, sistem teknologi turut berkembang pesat termasuk kelajuan pengangkutan ini sudah melebihi kelajuan kenderaan darat lain di atas jalan raya, salah satunya adalah Kereta Api Whoosh.

Tahukah anda kereta api ini merupakan kereta api terpantas di Asia Tenggara? Jom ketahui dengan lebih mendalam mengenai fakta kereta api ini di bawah.

Fakta Kereta Api Laju Whoosh

Gamabar: Antara

Kereta Api Whoosh atau kereta api berkelajuan tinggi ini merupakan kereta api yang pertama di Asia Tenggara dan ia akan beroperasi dari Jakarta ke Bandung di Jawa Barat.

Untuk pengetahuan, kereta api peluru buatan China itu mampu menampung lebih 600 orang penumpang pergi dan balik dalam perjalanan yang mengambil waktu 45 minit.

Kewujudan kereta api ini dapat mengurangkan waktu perjalanan antara ibu kota Jakarta dan bandar utama lain.

Menariknya tentang pengangkutan ini, ia mampu mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam (220 batu sejam), laju bukan?

BACA: Tayar ‘Haus’, Lelaki Kongsi Cara Kenal Pasti Punca Sebelum Tukar Tayar Baharu

Pembinaan 

Gambar: Antara

Ia telah dibina oleh PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) yang terdiri daripada empat syarikat negara Indonesia dan China Railway International Co.

Projek yang memakan $7 bilion itu merupakan kolaborasi antara Indonesia dan China. Buktinya, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif infrastruktur Belt and Road China termasuk prototaip kereta api itu.

Pada awalnya menjelang 2019, projek ini hanya menelan kos kurang daripada $5 bilion, bagaimanapun berlaku peningkatan kos selepas wabak Covid-19 dan isu pembinaan.

Pelancaran

Sebelum pembukaannya, pihak berkuasa telah menjalankan ujian awam bagi perjalanan berkelajuan tinggi baharu sejauh 142 kilometer (90 batu).

Pada 2 Oktober 2023, kereta api ini dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo di Stesen Halim, Jakarta menandakan projek Kereta Api Laju itu tamat sepenuhnya, termasuk penamaan Kereta Api Whoosh yang bermaksud Waktu Hemat, Operasi Optimal, dan Sistem Hebat.

Pihak PT KCIC sempat menawarkan perjalanan secara percuma tren itu kepada awam sempena Program Whoosh Experience, pelancaran kereta api berkenaan.

Kereta api tersebut mula beroperasi sepenuhnya pada 17 Oktober 2023 selepas garis panduan dan aturan telah ditetapkan pada pengangkutan itu di Indonesia.

Perdana Menteri China, Li Qiang menaiki kereta api bersama Menteri kanan Luhut, Pandjaitan dalam lawatannya ke Jakarta untuk beberapa siri sidang kemuncak dengan pemimpin Asia Tenggara.

Untuk pembelian tiket atau panduan menaiki Whoosh boleh klik di sini.

https://www.facebook.com/watch/?v=2800724823415075&rdid=bh9iJaRm2PM1bTBM

Sumber: The Jakarta Post, PT KCIC

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.