Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Cuba Nyalakan Rokok, SUV Meletup Di Tempat Letak Kereta

Iqbal Yasir
suv meletup rokok
Gambar: Youtube On Scene. Tv

Dipercayai Cuba Nyalakan Rokok, SUV Meletup Di Tempat Letak Kereta

LOS ANGELAS — Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota 4Runner yang diletakkan di tempat letak kereta di pasar raya Van Nuys dilaporkan meletup secara tiba-tiba pada Khamis malam lalu, lapor CBS News.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pemandu ingin menyalakan rokok di sebelah beberapa kanister propana yang disimpan di dalam kenderaan tersebut.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), pihaknya dan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan mengenai insiden itu sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan.

Kata polis, saksi pertama memberitahu bahawa mangsa ketika itu cuba menyalakan rokok sebelum letupan itu berlaku.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

BACA: Ini Fakta Menarik Kereta Api Laju ‘Whoosh’ Indonesia, Mampu Capai Kelajuan Hingga 350 Km/j

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar kejadian mendapati serpihan toyota tersebut ‘terbang’ di setiap arah sebaik sahaja kereta meletup.

Letupan itu mengakibatkan kenderaan itu rosak teruk, malah letupan boleh didengari beberapa blok jauhnya.

“Ia seperti gempa bumi yang menggegarkan tingkap. Tetapi ia telah hilang sebaik sahaja berlaku,” kata Ken Smith, seorang penduduk tempatan.

Sehubungan itu, LAPD telah menutup lokasi berkenaan dengan tiada sebarang butiran lain telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Ujar polis lagi, punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: CBS News