Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kolam Ternakan Dipercayai Pecah, Tular Video Orang Ramai Tangkap Ikan Kelisa Terlepas

Athirah
pemilik kolam halalkan ikan kelisa
Kredit: Sinar Harian

Kolam Ternakan Dipercayai Pecah, Tular Video Orang Ramai Tangkap Ikan Kelisa Terlepas

Sejal semalam, tular aktiviti segelintir penduduk di kawasan Layang dan Simpang Renggam yang bertindak menangkap ratusan ikan kelisa yang dipercayai terlepas daripada kolam takungan pecah.

Menurut Sinar Harian, beberapa video yang merakam aktiviti penduduk menangkap ikan perhiasan bernilai tinggi itu turut tersebar di media sosial.

Dalam video-video berkenaan, orang ramai dirakam menangkap ikan-ikan tersebut yang ditemui berada dalam anak sungai dan parit di kawasan berkenaan.

Salah seorang penduduk tempatan memberitahu, kejadian yang berlaku kira-kira 2 petang pada Selasa itu menyebabkan kampung di kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai.

Kata penduduk itu lagi, keadaan itu menyebabkan suasana di kampung tersebut seperti pesta selepas penduduk dan warga asing datang menangkap ikan berkenaan.

Tambahnya, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak kewujudan perusahaan membela ikan berharga tinggi itu.

Menurut laporan Sinar Harian, terdapat juga penduduk yang menjadikan ikan hiasan dengan terkenal dengan sisik emas dan putih itu sebagai menu masakan.

BACA: Jepun Bina Satelit Kayu Pertama Di Dunia, Dilancarkan September Ini

Sumber: Sinar Harian