Siakap Keli
United bakal beraksi di Liga Europa
Sumber: Daily Mail Online

Manchester United Berdepan Risiko Disingkirkan dari Liga Europa

Manchester United Berdepan Risiko Disingkirkan dari Liga Europa

Manchester United berdepan risiko disingkirkan daripada saingan Liga Europa (UEL) dan mungkin hanya boleh beraksi dalam Liga Persidangan Europa.

Menurut laporan BBC, isu ini timbul kerana syarikat milik Sir Jim Ratcliffe, Ineos, memegang pemilikan majoriti di OGC Nice dan juga mempunyai sebahagian kepentingan di Manchester United.

The Red Devils layak ke Liga Europa setelah menjuarai Piala FA dengan kemenangan 2-1 ke atas Manchester City baru-baru ini.

Sebaliknya, Nice menamatkan saingan Ligue 1 di tempat kelima, mengesahkan slot ke saingan Eropah itu.

Bagaimanapun, peraturan UEFA tidak membenarkan dua pasukan dengan pemilik yang sama beraksi dalam pertandingan itu.

Justeru itu, Manchester United berisiko diturunkan ke Liga Persidangan Europa kerana mereka menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan lebih rendah berbanding Nice dalam Ligue 1 musim lalu.

Ineos kini perlu membuktikan kepada UEFA bahawa struktur pemilikan kedua-dua kelab tersebut berbeza dan dan tidak sejajar dalam apa jua cara atau bentuk.

Kes ini mirip dengan situasi yang dialami oleh kelab Belgium, Union SG, yang terpaksa mengubah struktur pemilikan mereka pada musim lalu untuk membolehkan mereka bermain dalam Liga Europa bersama Brighton.

Ini kerana Tony Bloom mempunyai kepentingan pemilikan dalam kedua-dua kelab tersebut.

Namun, Ineos yakin bahawa mereka akan menemui jalan penyelesaian untuk memastikan kedua-dua Manchester United dan Nice boleh beraksi dalam Liga Europa musim depan.

Mereka mengeluarkan kenyataan yang menyatakan: “Kami sedar kedudukan kedua-dua kelab dan sedang berdialog terus dengan UEFA. Kami yakin kami mempunyai laluan ke hadapan untuk musim depan di Eropah,” katanya.

BACA: Rakyat Malaysia Antara Mangsa Terhidu Gas Beracun Di Singapura Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.