Siakap Keli
Ronaldo bismillah sebelum sepakan percuma
Sumber: Sinar Harian

Video Ronaldo Didakwa Sebut Bismillah Sebelum Sepakan Percuma Curi Perhatian

Video Ronaldo Didakwa Sebut Bismillah Sebelum Sepakan Percuma Curi Perhatian

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan Cristiano Ronaldo menyebut “Bismillah” sebelum mengambil sepakan percuma dalam perlawanan antara Al Nassr dan Al Ittihad pada Selasa.

Dalam perlawanan Liga Pro Saudi itu, Ronaldo berjaya menjaringkan dua gol, membantu pasukannya menewaskan Al Ittihad dengan skor 4-2.

Dengan dua gol tersebut, Ronaldo kini menjadi penjaring terbanyak dalam liga dengan rekod 35 gol, sekali gus memecahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh Abderrazak Hamdallah yang mencatat 34 gol pada musim 2019.

Kamera yang merakamkan detik itu menunjukkan Ronaldo mendongak ke atas dengan mulutnya menyebut “Bismillah” sebelum melakukan sepakan percuma pada minit ke-66.

“Ronaldo mengucapkan “Bismillah” semasa perlawanan bola sepak. Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya,” menurut ciapan menerusi laman X, @HalalNation_.

Video itu telah menarik banyak perhatian dan pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

Ada yang menyifatkan Ronaldo semakin dekat dengan Islam, manakala yang lain berpendapat bahawa Ronaldo sebenarnya menyebut “wish me luck”.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Ronaldo dipercayai mengucapkan “Bismillah”. Sebelumnya, pemain yang telah memenangi lima kali anugerah Ballon d’Or itu juga didakwa melakukan perkara yang sama ketika mengambil sepakan penalti dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Slovakia.

Selain itu, Ronaldo juga semakin terbiasa dengan budaya Arab Saudi apabila beliau dilihat sering mengenakan jubah dan serban, serta mengucapkan “assalamualaikum” ketika bertemu rakan sepasukan Al-Nassr.

BACA: Manchester United Berdepan Risiko Disingkirkan dari Liga Europa

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.