Siakap Keli
bekas pengacara majalah 3 abdullah sidek majin meninggal
Kredit Gambar: FB Sidek Majin

Bekas Pengacara Majalah 3, Abdullah Sidek Majin Meninggal Dunia

Bekas Pengacara Majalah 3, Abdullah Sidek Majin Meninggal Dunia

Bekas pengacara dan wartawan rancangan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Berita pemergiannya itu disahkan Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Media Prima Berhad, Kamaruddin Mape, lapor Bernama.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pada jam 11 malam tadi di Hospital Slim River selepas terjatuh di rumah ibunya di Kampung Lubuk Salak, Tanjong Malim petang semalam.

Allahyarham juga dilaporkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat sejak tiga bulan lepas.

“Kami dimaklumkan berita pemergian Allahyarham dalam kumpulan WhatsApp sekitar 11 malam dan ia satu berita yang amat menyedihkan buat kami semua kerana kehilangan seorang sahabat,” katanya.

Sementara itu, berita mengenai pemergian personaliti TV berbakat itu turut dimaklumkan oleh kenalannya di laman Facebook

“Sahabat kami Allahyarham Abdullah Sidek Majin, bekas pengacara TV3 telah kembali ke rahmatullah jam 11 malam.

“Moga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman, Al Fatihah,” kata Mahadi Zamri.

Menurut Bernama, Allahyarham meninggalkan isteri, Khairana Sabtu dan lima anak.

Dalam pada itu, dia juga merupakan antara penerima Tabung Kasih@HAWANA yang dikelola oleh Bernama

BACA JUGA: Ahli Kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Meninggal Dunia

Sumber: Bernama, Mahadi Zamri

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.