Siakap Keli
gambar solidariti prompter malaysia 46 juta perkongsian
Gambar: Zila Akba

Raih 46 Juta Perkongsian Di IG, Gambar Solidariti Ini Dicipta Oleh “Prompter” Dari Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Raih 46 Juta Perkongsian Di IG, Gambar AI Solidariti Ini Dicipta “Prompter” Malaysia

Baru-baru ini, tular imej atau templat perkataan “All Eyes On Rafah” yang dikongsikan oleh lebih 46 juta akaun di Instagram.

Templat itu digunakan sebagai tanda solidariti dan protes terhadap serangan udara yang dilancarkan oleh Israel di kem perlindungan di Rafah baru-baru ini.

Tambahan lagi, ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai di seluruh dunia.

Lebih menyayat hati, serangan tersebut mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah.

Difahamkan, templat hasil janaan sistem kecerdasan buatan (AI) itu turut digunakan oleh orang awam termasuk pempengaruh serta selebriti terkenal dunia di platform berkenaan.

Antaranya bintang bola sepak Chelsea, Nicolas Jackson model berketurunan Palestin, Bella dan Gigi Hadid dan ramai lagi.

Ia telah dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram, @shahv4012.

Gambar: IG shahv4012
Gambar: IG Gigi Hadid

Bagaimanapun, tahukah anda sebenarnya imej AI yang “mendunia” itu dijana oleh seorang anak Malaysia, Zila Abka.

Difahamkan, dia telah memuat naik gambar berkenaan di Facebook Kumpulan Prompters Malaya pada 14 Februari lalu sebelum tular.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, mendedahkan bintik-bintik yang disusun dalam baris dipercayai khemah warga palestin memaparkan keadaan semasa yang berlaku di sana.

Disamping itu, tulisan “All Eyes On Rafah” terpampang di tengah-tengah imej itu yang bermaksud seluruh mata kini tertumpu di sana.

Ketika dihubungi SK, Zila berkata, dia sudah mengetahui imejnya itu mula tular selepas mendapat lebih 40,000 perkongsian di Facebook kumpulan itu hanya dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Gambar: Zila Akba

BACA: Ramai Yang Tak Tahu, Ini Kisah Tragis Di Sebalik Filem Vina: Sebelum Tujuh Hari

“Inspirasi saya tercetus pada masa rakyat Palestin semua dipaksa keluar dari kawasan mereka dan bergerak ke Rafah, yang mana kita faham Rafah boleh dikatakan menjadi tempat terakhir mereka mendapatkan bantuan.

“Dan pada masa tu saya ternampak satu hantaran seorang wartawan Palestin dengan imej khemah-khemah di Rafah.

“Kebetulan masa tu hashtag (#AllEyesOnRafah) itu saya jadikan signifikan. Jadi, saya cuba buat ikut pandangan yang saya bayangkan,” katanya kepada SK.

Tambah Zila, imej tersebut telah dikongsikan secara meluas di media sosial.

Sumber: Zila Abka via Facebook Kumpulan Prompters Malaya

BACA JUGA: Ini Fakta Menarik Kereta Api Laju ‘Whoosh’ Indonesia, Mampu Capai Kelajuan Hingga 350 Km/j

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.