Siakap Keli
mayat reput reban ayam
Gambar: Sinar Harian

Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Di Depan Reban Ayam

Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Di Depan Reban Ayam

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kereta Toyota Vios di Kampung Parit Baru, Kayu Ara Pasong di Pontian, Johor hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat di dalam sebuah kereta di hadapan reban ayam itu pada jam 12.45 tengah hari.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, mendapati mayat lelaki tempatan berusia 31 tahun yang berada di kerusi pemandu itu dipercayai telah mati beberapa hari.

“Ia berdasarkan keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan.

“Siasatan awal juga mendapati si mati merupakan orang yang pernah dilaporkan hilang sejak 21 Mei lalu. Pihak keluarga telah dimaklumkan tentang kejadian dan diminta hadir ke Hospital Pontian untuk pengecaman.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Pontian untuk proses bedah siasat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ujarnya lagi, kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, diminta menghubungi terus talian Hotline IPD Pontian 07-6869999,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd Jalil berkata, seramai tujuh anggota bomba telah dihantar ke lokasi penemuan bagi membantu mengeluarkan mayat dari kereta tersebut.

Terdalu, video penemuan mayat berkenaan yang berdurasi satu minit 50 saat turut menjadi tular di media sosial.

BACA: Cemerlang Sukan & Akademik, Kapten Perak FC IV Raih 9A SPM

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.