Siakap Keli
Jasad Zayn Rayyan bersih
Gambar: BERNAMA

Reman Tujuh Hari, Ibu Bapa Zayn Rayyan Disiasat Di Bawah 302 Kanun Keseksaan

Reman Tujuh Hari, Ibu Bapa Zayn Rayyan Disiasat Di Bawah 302 Kanun Keseksaan

Siasatan ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang ditemui dibunuh di Damansara Damai, tahun lepas dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan berdasarkan hasil maklumat risikan dan siasatan dari hari pertama kejadian.

“Tangkapan berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang. Tangkapan ini bagi membantu siasatan.

“Mereka direman tujuh hari, siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh),” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Reman tujuh hari ke atas ibu bapa Zayn Rayyan, disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Terdahulu, menerusi laporan media tempatan, pasangan berusia 28 tahun itu dipercayai telah ditahan di rumah keluarga mereka di Puncak Alam, Selangor kira-kira jam 11 pagi, pada Jumaat.

Difahamkan, pasangan itu kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Sebelum ini, kanak-kanak malang berusia enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam, 6 Disember lepas.

Menurut Sinar Harian lagi, jasad Zayn Rayyan dijumpai di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya.

Mayatnya ditemui oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Hasil bedah siasat yang dibuat menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya, mangsa kemudian disahkan telah dibunuh.

Manakala polis juga mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada 6.30 petang, sehari sebelum mayatnya ditemui.

BACA: Zayn Rayyan Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain Sebelum Mayat Diletakkan Di Anak Sungai

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.