Siakap Keli
Tiga Maut alphard terbabas parit
Kredit: Sinar Harian

Tiga Maut, Toyota Alphard Dinaiki Hilang Kawalan & Terbabas Dalam Parit

Tiga Maut, Toyota Alphard Dinaiki Hilang Kawalan & Terbabas Dalam Parit

Tiga orang dilaporkan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 5 Jalan Skudai di sini pada Sabtu.

Mereka yang terkorban adalah Chu Wei Yean, 28, dan dua oran wanita iaitu Aw Siew Chern, 35, serta Chu Wan Rou, 31.

Dalam pada, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Yusof Othman berkata,  siasatan dibuat pihaknya mendapati kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan yang dipandu wanita berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.

Ketika kejadian, kereta tersebut datang dari Bukit Indah dan menghala ke Johor Bahru.

Tiga maut, Alphard dinaiki terbabas dalam parit

“MPV berkenaan terjuman dalam parit dengan kedalaman air kira-kira tiga meter kerana baru lepas hujan.

“Akibatnya pemandu bersama penumpang lelaki yang merupakan adiknya dan seorang rakan wanita maut di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman,” katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Manakala semua mangsa ditemui terperangkap di tempat duduk kenderaan.

Menurut Yusof, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta menghubungi pihak polis dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hafiz Aminuddin 011-35807871,” katanya lagi

12 anggota bomba terlibat dalam operasi

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penguasa Bomba Kanan I Haizrul Rahmad berkata seramai 12 anggotanya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi yang dijalankan turut dibantu dengan penggunaan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu Rapid Intervention Motorcycle (RIM).

“Semua mangsa terperangkap dalam kenderaan dan pihak bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan tali dan ‘stetcher’,” katanya.

Ujar Haizrul, pasukan perubatan yang hadir mengesahkan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala mayat-mayat mangsa diserahkan kepada polis dan operasi yang dijalankan pihaknya tamat pada 8.40 pagi.

BACA: Mayat Reput Ditemui Dalam Kereta Di Depan Reban Ayam

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.