Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Lori sedut bahan api dari tangki bawah tanah
Sumber: Sinar Harian

Tindakan Lori ‘Sedut’ Keluar Bahan Api Dari Tangki Bawah Tanah Terbongkar

Hannah

Tindakan Lori ‘Sedut’ Keluar Bahan Api Dari Tangki Bawah Tanah Terbongkar

Kegiatan mencurigakan sebuah lori tangki dipercayai mencuba untuk menyeleweng bahan bersubsidi negara dari sebuah stesen minyak akhirnya terbongkar.

Menurut Sinar Harian, individu terbabit menyedut keluar bahan api jenis diesel secara terus dari tangki bawah tanah stesen minyak yang sedang beroperasi itu.

Aktiviti itu bagaimanapun dikesan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang kemudiannya menyerahkan kes tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Kubu Bharu bagi siasatan lanjut.

Ketua Sektor Operasi Seksyen Penguatkusaan KPDN Selangor, Mohd Shahran Mohd Arshad menyatakan bahawa serbuan dilakukan oleh PDRM sekitar jam 5 pagi pada Jumaat di sebuah stesen minyak di sekitar Shah Alam.

Menurut Mohd Shahran, bahan api yang disedut keluar secara terus dari tangki bawah tanah dipindahkan ke dalam badan lori tangki terlibat.

Contoh imej tangki bahan api yang disimpan di bawah tanah stesen minyak.
Sumber: Sinar Harian

Beliau berkata, PDRM berhasil menghentikan kegiatan tersebut setelah mengesan tanda-tanda kegiatan mencurigakan yang melibatkan bahan api jenis diesel.

BACA: Enam Doktor Malaysia Selamat Melintasi Sempadan Keluar Dari Gaza

“Hasil serbuan PDRM itu telah diserahkan kepada KPDN Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, selaras dengan peruntukan kuasa di bawah Seksyen 10(1)(a) Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Empat individu ditahan dalam serbuan tersebut, tiga daripadanya adalah warga tempatan yang merupakan pemilik stesen berusia 50-an, pemandu lori tangki (30-an) serta seorang kelindan lori (30-an).

“Seorang lelaki bukan warganegara yang ditahan dalam serbuan itu merupakan pekerja stesen minyak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas beliau, semua yang ditahan telah direkodkan percakapan untuk tujuan siasatan.

Tambah beliau, turut disita dalam serbuan tersebut adalah lori tangki bersama badan lori yang berisi bahan api disyaki diesel, serta peralatan lain seperti ‘motor pump’ dan hos penyambung disyaki digunakan dalam kegiatan menyedut dan memindahkan bahan api secara tidak sah.

Selain itu, beliau berkata, sitaan juga melibatkan tangki bahan api bawah tanah stesen minyak dan ‘pump island’ yang terlibat dalam pembekalan daripada tangki bahan api di bawah tanah tersebut.

Difahamkan, nilai keseluruhan bahan api disyaki diesel yang dirampas dari kenderaan dan tangki bawah tanah stesen minyak dianggarkan melebihi 50,000 liter.

Selain itu, nilai subsidi yang berjaya diselamatkan daripada kegiatan yang disyaki menyeleweng tersebut dianggarkan mencecah lebih RM100,000.

Anggaran keseluruhan nilai sitaan mencecah lebih RM200,000.

BACA JUGA: Gangguan Bekalan Air Lembah Klang 5-7 Jun: Pengguna Terjejas Disaran Simpan Bekalan Air

Sumber: Sinar Harian