Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pengarah urusan rugi RM520000
Gambar Hiasan

Kes Scammer: Pengarah Urusan Terpedaya, Rugi RM520,000

Hannah

Kes Scammer: Pengarah Urusan Terpedaya, Rugi RM520,000

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta di Johor Bahru mengalami kerugian sebanyak RM520,000 selepas terjebak dalam sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis pada awal Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa sebagai pegawai polis dari sebuah kontinjen di bahagian utara negara.

“Suspek memaklumkan, pihak polis telah menemui kad ATM atas nama mangsa dalam sebuah serbuan yang dijalankan seterusnya mendakwa terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.

“Panggilan kemudiannya disambungkan individu lain yang memperkenalkan diri sebagai ‘Inspektor Lee Kha Seng’ yang menawarkan bantuan dengan cara memindahkan wang mangsa ke akaun sementara bagi mengelakkan akaun disekat dan wang disita,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Kumar, mangsa terpedaya dengan panggilan tersebut kerana nama dan nombor kad pengenalan yang dibacakan oleh ‘Inspektor Lee’ adalah tepat.

“Selain itu, mangsa turut menerima surat melalui aplikasi WhatsApp dengan kepala surat mahkamah yang menyatakan akan mengambil tindakan penyiasatan, penangkapan dan pembekuan terhadap aset pengadu.

“Mangsa kemudiannya telah mengikut arahan yang diberikan dengan membuat pindahan wang ke akaun bank yang diarahkan berjumlah RM520,000,” ujarnya.

Jelas beliau, mangsa menyedari bahawa dia telah ditipu apabila terus didesak untuk membuat pindahan wang tambahan walaupun sejumlah wang dalam jumlah besar telah dipindahkan sebelumnya.

Tambah beliau, mangsa akhirnya membuat laporan polis pada Ahad selepas menyedari penipuan tersebut, dan kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BACA: Suami Isteri Tertipu Beli Tanah ‘Lot Lidi’, Rugi Lebih RM300,000

Sumber: Sinar Harian